December 26, 2024

END OF 2024

Assalamualaikum.

2025 coming very soon! Excited tak uolls? 

Kalau nak ikutkan kepala aku ni, fuhh banyak benda dah planning. Jadi atau tak, tu belakang kira. Janji ada planning. HAHHAHAHA. Ada duit, kita jalan. heheh

Aku takdalah excited sangat nak tahun baru tapi biasalah, kitakan manusia biasa. Excited awal tahun tu adalah wajib. Excited nak kurus lah, apa lah. Tapi macam biasa, jadi atau tak, belakang kira lah ek 😜 Semoga dipermudahkan olehNya. Insyaallah.

End of next month ada family holiday. Tak sabar! Macam biasalah nak JJCM, nak roadtrip. Fuhh macam dah lama tak roadtrip. 

Anw, THANK YOU 2024 FOR EVERYTHING πŸ™‡

Ok, bye.

November 8, 2024

ANAK

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ini, sana sini orang bercakap tentang topik yang sama iaitu ANAK dimedia sosial, khususnya, selepas video Janna Nick menangis tu. Hmm, aku faham sangat perasaan dia, sakitnya hati dia bila orang bercakap bukan-bukan tentang dia dan suaminya.

Topik ANAK ni kan, lumrah rakyat kita, setiap kali ada perjumpaan keluarga, mahupun sahabat handai, confirm ada soalan ni,

"Dah ada isi ke?"
"bila nak ada isi?"
"A dah besar, bila nak tambah lagi?"

Hahaha macam soalan wajib tau untuk orang dah kahwin. HAHAHA. Tak salah pun nak tanya tapi bagi aku, tak payah tanya lah better. Kita tak tau apa yang dia lalui sepanjang proses nak dapatkan anak tu. Mungkin dia dah berusaha tapi belum diberikan rezeki lagi.

Aku tak terasa? Hmm tipulah aku cakap tak terasa setiap kali diajukan soalan ni. Siapalah yang kahwin taknak anak sendiri kan? Semua orang pun nak, cumanya mungkin rezeki aku tak sampai lagi. Aku dah jumpa doktor, aku dah makan ubat, tapi disebabkan ubat tu jugak, badan aku dipam-pam bagai tiada hari esok. HAHAHA. 

"Susah-susah, ambil jelah anak angkat" - tidak semudah itu.

but Alhamdulillah family aku dan FANS pun selalu bagi sokongan dan macam-macam ikthtiar. Ma bawak tukang urut, mama bagi ubat untuk makan, adik-adik aku pun siap suruh aku try yang Janna Nick minum tu hahah, kaklong and the rest bagi sokongan untuk check doktor lagi. Kawan-kawan rapat aku pun siap bagi buah zuriat untuk aku cuba. Allāhu ΚΎakbar, terima kasih sangat-sangat.

Sebak pulak type ni.

Insyaallah jika Allah yakin aku mampu untuk ada anak, adalah rezeki tu nanti. - aku setiap kali orang bertanyakan soalan ini. Korang doakan ye :)

Sekarang ni aku dengan FANS menumpang kasih sayang anak-anak saudara je. Nasib baik dorang redha kena gomol dengan kiteorang. HAHAHHAA. 

The latest, video dengan BabyN. Geram ek dengan budak kecik ni.


Oh btw, speedy recovery Qaireen sebab dia jatuh motor. Nasib tak patah riuh budak ni. Tapi mulut tetap macam bertih jagung cerita dekat baba dia macamana boleh jatuh motor. HAHAHAH πŸ˜‚

November 7, 2024

Almost End Year

Assalamualaikum.

Sekejap je dah nak habis tahun 2024. Sekejap je dah November. Bulan depan dah Disember.

Banyak benda terjadi sepanjang tahun ni. 
Menangis. Gelak tawa. Semua ada.

Sakit? Ha. Jangan cakap! 
Disebabkan aku batuk terlalu kuat, pinggang and belakang aku effected. Sampai aku kena papah, jalan membongkok lah masa tu. Aku pun dah rasa drive sambil sakit pinggang/belakang. Masyaallah rasa nak pecut je kereta tu. Sakit dia, fuhhh mengucap jelah aku dalam kereta masa tu.

Ni pun orang dah suruh aku buat medical checkup untuk check belakang aku. Sebab lately semakin kerap sakitnyaaa. Peninggggggggggglah saya.

Macam-macam kan. Semoga 2025 aku semakin sihat dan jarang-jaranglah jumpa doktor. Amin Ya Rabbal Alamin.

Anw, anak buah semakin bertambah. Alhamdulillah. Welcome on board my babies πŸ’—

Oklah, terimalah lunch saya harini ... Dayah yang ajak, member nak makan nasi kuning 😎


Saya gembira 😊

October 8, 2024

Me. Today.


me now

me later

me after

I literary just had Bingka Ubi or Tapioca Cake for lunch and I now feel sooooo hungry! 

August 1, 2024

Bride Vibe

Assalamualaikum.

Last week (probably), ada orang suruh aku join the bride vibe dekat story instagram.

As korang tau, rasanya aku takda share pun banyak gambar kahwin sebab aku tak confident dengan gambar tu. HAHAHAHA.


Aku suka the look, baju and accessories because this is what I dream of. So suka 😍

Baju tu memang banyak kisah. Penuh tangisan dari waktu alter sampailah a day BEFORE nikah. Fuhhh. Alhamdulillah ada butik yang boleh tolong and terpaling mudah bekerjasama. Syukur sangat.

Apa yang aku takda confident tadi tu? 

SENYUMAN
Ya ampun, aku ni memang akan nervous melampau bila ada orang depan mata. Bila senyum je, menggigil ye mulut tu. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH.

Even sampai sekarang pun, aku takda confident ni. So janganlah suruh aku senyum or berdiri kat depan (orang pandang). Terima kasih sahajalah.

Dah lah, bye.

July 13, 2024

Selamat Pengantin Baru Besprengg πŸ’•

Assalamualaikum.

Untuk readers lama blog ni, mesti kenal dua orang ni.


My besprenggs finally married! Alhamdulillah 17 tahun penantian 😍 
Congratulations to the newlyweds!


Teyka tak dapat datang sebab clash dengan sports day anak-anak beliau πŸ˜„




Wishing you both a lifetime of love, happiness, and unforgettable memories. May your journey together be filled with laughter, joy, and endless adventures. Cheers to the beginning of a beautiful new chapter in your lives. You make such a wonderful couple, and I am truly thrilled for both of you. 

Here's to building a future together that is as bright and beautiful as your love for each other. Always remember to cherish and support one another, through the good times and the challenging moments. 

Sending you all my best wishes as you embark on this incredible journey as husband and wife. Congratulations again and may your love continue to grow stronger with each passing day. Cheers to the happy newlyweds! πŸ’–