October 30, 2023

Triggered

Assalamulaikum.

Dari Julai membawa ke awal Oktober, aku dengan klinik/hospital tak dapat dipisahkan. Bila mana cuaca pun kejap hujan, kejap panas, so samalah dengan tahap kesihatan diri aku ni. Kejap ok, kejap kang semput, kejap kan oxygen tak cantik, kejap kang batuk. Eh stress tau. FANS sabar dan tenang jeeee. Aku biasalah kabut tu dah sebati dalam diri. HAHAHAH

1 Oktober, pagi tu aku lepak HKL, jaga cousin aku kejap while Busu setelkan hal-hal beliau. Masa ni aku dah batuk teruk jugak tapi setakat duduk layan kdrama, aku ok je. Pastu petang tu, FANS pickup kat HKL dan terus ke Sunway nak cari barang kerja dia. 

Tekalah kiteorang jumpa siapa? NOH HUJAN! HAHAHAHAH

FANS memang minatlah dengan Noh. Member terkedu weh. HAHAHAHA. Nervous punya pasal, kiteorang takda bergambar pun dengan Noh. Sayangggg sekali. Sampai sekaranglah FANS rasa menyesal 😂

Dekat Sunway tu, aku dah rasa tak selesa kat dada. Tapi jalan jelah sambil layan batuk, then cari ubat and so on. Rasa tak larat, duduk relax kejap. Pastu sampai satu tahap, aku tak boleh go dah. Aku ajak FANS pergi klinik terus. Dari Sunway, terus ke Maluri. Ye, jauh tapi FANS suka klinik ni. 

Masuk je bilik, doktor tanya "awak ke batuk kat luar tadi?" aku angguk jelah. sapa je lagi kat luar selain aku kan? "awak batuk memang oxygen drop ke?" haa sudah. aku mana boleh fikir dah. Aku panggil FANS masuk, and dia yang borak dengan doktor. Lalu aku kena cucuk ubat paru-paru lah, dan muntah. Pastu kena masuk air sebab oxygen drop. Jadi bertapa lah klinik sampai air habis.

Memang aku dah "discharge" TB tapi parut tu, tetap akan triggered bila masanya, kata doktor lah. 

Lepas dua hari, aku baru perasan dua-dua inhaler aku dah expired! HAHAHAHAHAHA apolah pejah. Semua tak perasan dah expired. Aku, doktor, nurse. hahahah.

Alhamdulillah sekarang so far semua baik-baik sahaja.

No comments:

Post a Comment