September 6, 2023

Scope Day

Assalamualaikum.

Jomlah sambung .... Lepas check in, CC minta untuk tunggu sebab bilik tak ready. So, while waiting, kiteorang tunggu dekat cafeteria, kiteorang nampak ada uncle ni makan Nasi Goreng Kampung. Nampak sedap gilaaaaa. pastu tetiba CC sampai dan bawak kiteorang pergi bilik.


Bila sampai depan ward, I was stunned sebab korang tengok lah gambar atas. HAHAHA. Rezeki nak ada anak tu belum lagi, tapi dah masuk ward labor & delivery. Terkejut jugak 😅 tapi excited cos hello nak duduk hospital ni. 


My bed for 3d2n. Memang rezeki duduk mengadap tingkap. Takdalah bosan sangat and boleh tengok view highway, kereta lalu lang. haa hahah seronoklah jugak. 


FANS cuti tapi macam tak cuti pun ada. sibuk dengan phone sebab staff buat hal. HAHAHA. nasib baik tempat kerja dekat dengan hospital. 5 mins perjalanan if ada anything happens.

 

then disebabkan seorang faizah mengikut arwah ibu iaitu susah nak jumpa urat, makanya dua kali lah kena cucuk ya. belah kiri dari nurse, ni bapak sakit nurse cucuk. yang yang belah kanan, doc turun padang. ni pulak ok tapi the end of the day, gatal kemain area situ. sampai meninggalkan bekas ye -.-


Jadi sebelum tidur, kena makan ubat untuk kosongkan perut by makan ubat-ubat diatas ini. Tapi nak makan ubat sticker hijau tu adalah satu cabaran yang besar untuk tekak faizah sebab rasa ubat tu macam minum pati asam boi putih ye. bapaklah tak sedap. dan dan bukan sebotol ye kena teguk tapi dua botol! masyaallah. malam tu siap mengadu kat FANS, Yin pasal ubat ni. WHY ME? T_T Start 3am, aku dah keluar masuk toilet. Tahniah 😑

 

My morning views. gown pun dah ready atas meja. FANS datang ngam-ngam lepas aku mandi. so dapatlah borak and bagitau betapa nervous nya aku nak masuk OT. padahal buat scope je kan tapi nervous dia lain macam. takut weh. Around 1030 aku otw pi OT dan FANS lepak sorang-sorang dalam bilik ...

  

My very first meal after 21 hours of fasting. Mantap! Pembukaan yang sangat-sangat menyelerakan! HAHAHAHAHAHAHAHAHA. FANS belikan apple juice and roti canai pagi tu tapi simpan sampai boleh makan. Hospital pulak provided hmm aku tak sure nama dia tapi Ya Allah sedap namampussss weh! Sedap sangat-sangat.

eh ke sebab aku lapar? hahah boleh jadi.


Lepas tu aku rehat je then around 3 pm dapat minum petang pulak. Padahal kau baru lepas makan faizah -. -' tapi gue laperrrrr. habis ye. rasa biskut sepeket tu tak cukup. oh, btw aku masuk wad, aku memang takda standby apa-apa makanan pun sebab yelah scope je pun. manalah aku tau aku akan lapar gila macam ni.


hujan dan lapar ...

Lepas tu dalam 5pm macam tu, aku macam bosan dan bila dah bosan, kau mesti akan lapar. aku cakap kat FANS aku lapar and macam nak waffles je. then FANS turun cafeteria untuk beli waffles. oh lupa, aku pesan kalau ada nasi goreng kg pun sedap. 

 

nahhh! dedua dia beli gaissss! HAHAHAHAHA

Waffle tu sedap. aku makan satu gigit je pastu aku simpan dan aku makan malam sebab malam kan takda makanan apa-apa dah. kita pun bijak takda bawak pape stok makanan kan. Jadi sebab waffles dah simpan, kita makanlah nasi goreng kg tu sebab nampak menarik dekat tekak and mata aku. 


verdict? masyaallah sedap gilaaaa! aku sampai cakap kat FANS 

"nanti kan, kita datang hospital untuk beli nasi goreng ni dengan waffle je tau
HAHAHAHHAA


ngam-ngam nasi goreng kg tu habis, aku dapat makan malam. HAHAHAH sape nak makan duhhh. tapi jangan risau, kita ni bukan geng syaitan nak membazir kan, so aku makan separuh, FANS makan separuh tapi adalah suku tak habis. dah kenyanggg. buah je aku tak makan untuk bekalan malam nanti.


Nurse datang bawak ubat dan aku makan lalu berehat. lepas tu nampak FANS kepenatan lalu tertido. kesian kan. tapi memang weh, menunggu ni lagi letih sebenarnya. Pastu aku pun replylah msj baba lah, busu lah. rupanya dorang nak datang melawat. weee~ finally!

 

Dulu masa aku tak boleh tidur, aku selalu belakon buat-buat aku dalam ward lalu tertido. pastu terfikir kalau aku masuk ward, ada tak eh orang datang melawat. nahh ada jugak orang datang melawat walaupun kau takdalah sakit mana pun. over je lebih faizah ni hahahhaha

 

Pagi terakhir di hospital, aku request nasi goreng cina. haa sedap tapi sikit sangat untuk seorang faizah. hahahhahaha. and jarum tu masih gatal. oh, FANS dah start kerja, so dia tak datang plus busy dua hari cuti emergency kan. kesian.


Then tengah-tengah bosan tu, ada orang bagi bagel. nyumss. pastu aku diberitahu aku boleh discharge. Yahooooo! seronok bukan main. 

No comments:

Post a Comment