October 20, 2015

Tataplah sampai muntah! Hahaha

Assalamualaikum.

Aku tengok dekat phone banyak nau gambar. Aku bukan malas nak transfer tapi hmm memang malas pun. Hahaha! So harini aku macam free (hari-hari pun free), so aku share dekat sini lah. Gambar dari 2hb sampailah harini, yakni 20hb Oktober. Hahaha!

*** gambar 4 hingga 9 tak ikut turutan ye **

So semenjak baba kerja tak tentu masa dan selalu out station, ada satu malam tu, aku ma dengan adik je dekat rumah. Zikri dekat asrama and biasa Achik kerja. So decided makan kat kedai dekat dengan rumah. Family aku suka makan dekat Doll Tomyam ni. Sebab dekat je dengan rumah. Still, dekat dekat pun, kena naik motor/kereta lah. Kalau jalan kaki, mau basah weh Facebook angry smiley ahahhahaha! Anw ikan bawal 3 rasa tu sedap gilaaaaa! Haaa ma bila kita nak makan ni lagi? kekeke Facebook Sunglasses Smiley



Keesokkan harini, 3hb (Sabtu), ada Hari Sukan Negara kan? So sekolah adik ada buat senamrobik lah. Memula aku ingat hari sukan yang ada lari dalam guni semua tu, so aku macam excited lah kan, sekali senamrobik. Iolls pakai flats kot Facebook squint emoticon Nampak tak adik dekat mana? 



Close up sikit. Dia paling tinggi kot Finger pointing down Emoticon Gene semua ni. Haha


Aku lupa ni bila tapi masih dalam bulan Oktober. Saudara baba kawinkan anak dekat Klang. Aku lupa which part of Klang tapi dekat Klang lah. Gila kau, ada popcorn okay dekat kenduri tu. Kalau ice cream, takdalah rasa wow sangat tapi popcorn weh. Ingat tak sedap, eh eh sedap tapi kurang manis. Aku prefer manis, sebab sedap lerr. Makanan semua sedap. Biasalah orang jawa punya kenduri kan. Haruslah sedap! I bagi 4 Star Emoticon 



Adik-adik aku semua sejenis rambut cepat gilaaaaaaaaaa tumbuh. Dan orang paling sukaaaaaaa potong rambut adalah budak bebel ni. Asal panjang sikit, mulalah dia bising suruh bawah pergi kedai. Dulu masa kecik, dia suka buat rambut pacak. Pendek pun nak pacak jugak Emoticon crying tears of joy  Mamak tu pun pacak kan lah walaupun nampak tak nampak je. Hahah. Sekarang ni, asal pergi kedai dengan aku, mesti dia bergaduh dulu dengan aku either potong no 1 atau 3. Selalunya aku akan cakap no 3 lah instead of no 1. Weh botak kot no 1 tu. Takyah, tak hensem. Dia muka redha, potonglah no 3! Hahahaha Sad FaceTongue out emoticon


Ekin bagi ! Officemates aku kalau balik Indonesia, dorang mesti beli gula-gula ni and bagi 2 biji sorang dekat kita-kita. Flavor buah mint sikit. Sedaplah. Yang penting quote belakang packaging tu. Quote dia lain-lain. Means kalau ada 30biji dalam satu pack, maknanya ada 30 differents quote lah. Thank you!



Ada satu haritu, Dayah ajak makan maggi dekat office. Selalunya Khamis aku tak balik lunch. So since aku teringin makan makan maggi baru ni (obviously bukan tomyam), aku pun belilah. Actually aku lamaaaaa dah beli maggi tu. Adalah 2 3 bulan. Aku beli sebab aku takut aku lapar tetiba. So minggu lepas rasanya, baru aku makan. Sedap jugak. Pedas kau! Aku pun pernah 'menang' maggi ni dengan email kak Filla haritu, rasanya dah sampai dekat Yonghwa tapi aku kecik hati dengan Yonghwa sebab dia tak cakap terima kasih pun dekat aku. Takpelah bang (eh abang pulak), i kat sini makan dengan Dayah je Unamused Emoticon 


Sekarang, aku suka beli ice cream batang yang RM1 tu banyak-banyak, lepas tu letak dekat peti ais. Sebab? Adik suka suruh aku beli tapi aku malas nak singgah. Tapi bila beli, adik makan tak kira waktu pulak. Pagi-pagi pun dia makan Red Angry Emoticon Aku tak marah pun sebab bukan dia buang kan, dia makan tapi salah waktu je. Memang aku soroklah dalam peti tu. Hahha nasiblah awak dik Ice cream emoticon 


Ok, yang ini Ahad lepas. Confirm! Hahah. Ada Fareez dekat rumah atok. Kesian budak kecik ni. Birthday dia, mak dia kerja. Nasib baik awak baru setahun, tak tau apa itu birthday and birthday party. Kalau tau, habislah! HAHAHA Smirking smiley Anw Happy 1st Birthday, Fareez. Jangan cewek yooo!


Ini paling terkini. Vivi tau aku suka benda alah bengbeng ni. Aku suka gilaaaa Emoticon in love Tapi takda jual dekat sini. Aku rasa lah sebab aku tak pernah jumpa lagi. Selalu aku dapat size biasa tapi tadi Vivi bagi aku size MAXX punya! Hahah punah harapan diet aku. Sia-sia minum green tea malam-malam Emoticon crying tears of joyEmoticon crying tears of joy 


No comments:

Post a Comment