May 27, 2015

Adik's first bowling tournament

Assalamualaikum.

Ahad lepas adik ada tournament. Perghh ayat tournament tu macam gah sangat ni. Hehehe. So yes, ada bowling tournament zon Kajang, jadi haruslah adik pun join sekali sebab sekarang dia sekolah dekat Kajang. Bukan di Langat lagi ... 


Sebelum tournament ni, adalah 2x kot adik praktis main bowling. Dua minggu sebelum dengan dua hari sebelum. Gambar atas ni dua hari sebelum yakni hari Jumaat. Tak sangka pun baba dengan ma nak bawak main bowling, jadi adik pakai sandal dia jelah. Dah lah takda kasut untuk bebudak, so pakailah dikau sandal itu sambil main bowling, wahai adikku ...  

Okay, seterusnya, pada hari kejadian. Berlaku pada hari Ahad di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang. Tak silap aku ada 7 sekolah, so ada 7 warna lah. Dan sekolah adik warna Pink. Pink dia lawa. Tak terang sangat. Tapi aku macam tak boleh blah dengan tulisan dekat baju. APASAL KECIK SANGAT ?! JIMAT SPACE KE MACAMANA NI?!! 


Sekarang, adik suka betul buat gaya macam tu. Ma cakap adik belajar dari aku. Hahhahaa! Penangan kakak sangat ni. Mana aku belajar? Hahhaha haruslah dari hmmm sape eh? Hhahah dan dan lah lupa kan. Tapi aku berjaya mempengaruhi adik! kahkahkahhh!!
 

Aku baru perasan dalam gambar atas ni, si Safina takda. Safina tu, masa kiteorang praktis dua hari sebelum, dia pun ada jugak dengan family dia. Patutlah pandang-pandang rupanya kawan adik. Hahah kpochi gila minah tu. Adik kata tu bestfriend dia. 


Okay, ni last bergambar sebelum start senamrobik gangnam style lah apa semua tu. And yes, aku dah nampak Safina dalam gambar ni. Tersorok belakang tu. Nampak sipi-sipi je pun, awak Safina hoii. Hehe. Adik masih dengan gaya yang samaaaaa. *yawn*




Dan gambar terakhir sebelum balik! Hahaha. Takda gambar main, terus aku bagi gambar balik. Okaylah kan. Tak kuasa aku nak berdiri diantara mak-mak bapak-bapak budak dekat lane. Lane penuh gila! So baiklah aku makan sambil tengok Runningman dekat kerusi tu. Hahhaa takda life betul.



Dan sekolah adik dapat tempat terakhir! Hahaha. Takpelah, at least memasing have fun kan. Ada yang first time pegang bola bowling, ada yang first time masuk tempat bowling. So okaylah. Congratulations adik on your first trophy! Adik, walaupun dia kalah, tapi ada dia kisah? Trofi tu lagi penting okay! Hehehe. Takpe dik, next time kita ajak baba ma pegi lagi okay?!

2 comments:

  1. kesian oiii sampai last sekali haaa...hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn! waktu practice pun last, waktu bebetul pun last. haisss takda peluang jadi pemain bowling negara ni. ahhaha

      Delete