Assalamualaikum.
Apabila semakin meningkat dewasa ni soalan paling kerap ditanya adalah tentang jodoh. Dan aku sendiri tak pasti bila aku punya turn? Yang pasti aku gembira sangat bila kawan aku dah bertemu jodoh. Alhamdulillah.
Jumaat lepas Zulaikha dah selamat menjadi isteri kepada Hashim, haa suami dia lah :) Yey alhamdulillah dah jadi isteri orang dah. Walaupun masa sekolah dulu aku takdalah rapat dengan dia tapi adalah jugak kadang-kadang pergi rumah dia, study sama semua tapi tak rapat macam geng pondok. Okay itu nanti aku cerita. Rasanya nak buat special entry untuk Geng Pondok. Tunggu kayss.
Sabtu hari persandingan. So dekat group whatsapp memang dah riuh beberapa hari sebelum majlis. Ha Teyka siap suruh pakai baju ikut warna pilihan dia. ahhaha tapi ditolak habis-habisan oleh geng pondok yang lain. Hhaha!
So hari Sabtu tu Teyka amik aku around 12 lebih. Walaupun lambat, takpe, aku dah biasa. Hahaha! Terus amik Pina dengan FizaJoe then pergi Alamanda cari hadiah untuk pengantin. Cari hadiah satu hal. Puas cari yang berkenan, ok dah jumpa dan dah bayar. Masa untuk wrap pulak. Okay yang ni memang buat aku menyirap. Kau bayangkan dah jam 1ptg, hadiah tu belum siap balut lagi. Aku apa lagi, dah kecoh kat whatsapp group, suruh Teyka amik alih. Last-last kawan akak tu amik alih, okay lepas siap, terus blah dan menuju ke P11.
Sampai sana dalam keadaan yang dahaga, lapar dan panas. Pastu kaki aku macam menggigil yang aku sendiri tak tau kenapa? Poyo betul nak gigil bagai. Jumpa mak bapak pengantin, bagi hadiah dan terus ada sesi jejak kasih dekat khemah tu. Hahha. Jumpa Geng Pondok setelah hampir 4 atau 5 tahun tak jumpa. Akulah yang dah lama benar tak jumpa dorang. Dorang ada je jumpa sesama sendiri. Biasalah aku kan bz womannn!!
Lepas tu baru nampak pengantin perempuan yakni kawan sekolah dan kawan 1 block masa duduk dekat 4A dulu. hehe. Zulaikha. Memang masa ni aku tak nampak pun suami dia. Aku nampak dia je tengah berpeleseran dengan bebudak sekolah aku. mihmihmihh.
Acara potong kek. Ok ni ada suami dia tapi aku tak dapat tengok jelas sebab masa ni aku tengah makan dan beborak dekat meja. Gambar pun orang yang amik. Nak harapkan aku? Hmm taklaa. Panas dan dahaga masa tu. Hhehe.
Aku tak sure gambar ni sebelum acara potong kek atau apa. Rasanya sebelum. Masa ni aku dah bising dahaga. Hahah! Gila kau dari pagi aku tak minum. Eh ada minum, seteguk air milo maksu je aku minum sikit. Masa ni memang kecoh. Semua gelakkan cara Ayna amik gambar, Perghh profesional betul :D hehe.
Memperkenalkan Geng Pondok secara officially! Hahhaa. Inilah ahli sebenar Geng Pondok. Terdiri daripada (dari kiri) Teyka, Aqilah, Hale, Zuraini, Me! dan Aziela. Korang jangan terperanjat bila tengok gambar bawah ni. Sama kan? Memang sama. Tapi nampak tak ada orang diantara aku dengan Aziela? Yes, ada Farahana disitu. Macamana dia boleh sesat, aku tak sure. So Zuraini amik pendekatan untuk edit gambar bawah ni dan menjadi gambar diatas. Perghh gigih! Terus jadi gambar group dekat whatsapp. Maaf ye Farahana. hehe
Last bergambar sebelum memasing membawa haluan. Heheh. Rasanya ada gambar dengan pengantin lelaki tapi bila tengok dekat fb Hale, takda. So abaikan jelah. Yang penting dengan Zulaikha ada. Hahah kejam gila! Berharap ada yang dapat jodoh cepat so boleh reunion lagi. Awww rindu dah ♥
Kepada Zulaikha Azlin & Pasangan (Hashim),
Selamat menempuh alam yang baru (perkahwinan). Semoga kalian berdua kekal hingga akhir hayat (ayat sama macam dalam buku wish kat kenduri tu). Cepat-cepat dapat baby dan semoga berbahagia. Lastly, Selamat Pengantin Baru !
Terima kasih Ayna (yang bertudung, Hale's sis) kerana sudi ambil gambar kita-kita. Mekasih jugak sebab dapat ambil shot yang boleh buat kita semua mengimbau kembali memori ni suatu hari nanti. Ayna dah besar. Gigih aku puji Ayna lebih-lebih. Hahhaa. Okaylah terima kasih 'adik' :)
Okbai.
# Dah betulkan semua typo. So boleh baca tanpa gangguan :) ehhe
No comments:
Post a Comment