Assalamualaikum.
Selamat hari Isnin semua! Hehe. Nampak tak aku girang gembira harini? Haa korang mesti curious en? Alaaa tak payah nak geleng kepala atau buat muka 'eh mana ada'. Aku dah masak sangat dengan korang ni. Takpe, aku maafkan. Haa aku memang suka merepek melebih sangat. Biasalah Sabtu kena kerja en. Hmm
Ahad semalam aku tolong buat lemang. First time buat uolls. Ingat macam susah, rumit semua. Bila dah buat semalam, alahaii senang gilaa! Yang part tunggu masak je kena ada kesabaran sikit. Yelah duduk dekat asap en. Tapi aku takdalah jaga api semalam. Paksu yang jaga. Lepas siap segala, aku blah masuk rumah baca metro. Gilaa macam tuan besar aku -.-
Beras pulut ni dah siap basuh dan tos ye. Aku tak tanya pulak berapa kilo beras pakai untuk buat 22 batang lemang ni. Bukan terlupa tapi memang aku tak terfikir untuk tanya. Hhehe. Kalau korang nak buat, pandai-pandai korang lah nak agak okay? hehe
Ni aku saja nak tunjuk proses pembikinan buat lemang. Busu yang ingatkan suruh masuk dalam blog sebab aku tak teringat pun. Lagipun masa ni phone aku kat dalam rumah. Pastu aku kan tolong buat lemang ni, so memang takla aku nak bergambar bagai. Tapi demi korang yang gigih refresh blog ni, ku gagahi juaa. ehcehh pfftt!
So bila bahan semua dah siap, mula-mula kena potong daun pisang tu mengikut panjang buluh tu ye wahai rakan taulan semua. Bila dah potong mengikut saiz, bolehlah gulung untuk masukkan kedalam buluh tersebut.
Bila daun pisang tu dah selamat dalam buluh, bolehlah masukkan berat pulut kedalam buluh lemang pulak. Masuk kena lemah lembut. Okay itu gurau. hahha. Masuk kenalah betul pada landasannya sebab kalau suduh kau lebar, memang beras pulut tu akan masuk lane lain. Korang faham tak? Macam terabur lah. Nanti beras pulut tu ada dekat balutan belakang la apalah, macam tak kemaslah.
Bila semua dah siap, pegilah letak dekat tempat nak bakar tu dan tunggulah dikau sampai lemang tu masak dengan sempurna. Aku suka lemang yang lembut. Aku kalau lemang ada kerak yang ala-ala nak hangus ni, kurang sikit. Tak gemar lerr tapi aku ngap jugak kalau lapar. hehe. Buat masa ni, lemang dari rumah Opah adalah terbaik sebab lembut gilaa! So macam semalam punya lemang, lagilah lembut sebab aku yang buat :D hehe.
Korang tengok jelah gambar dekat atas tu. Maaflah bersepah sikit. Yelah dah tengahari pun. So lapar. Hahaha! Lemang tu panas berasap lagi masa tu, semua tak sabar nak 1st bite. Perghh lembut gilaaa lemang aku buat ni (lagi sekali puji diri sendiri) Lepas ni aku boleh bukak kelas ajar buat lemang. Hahhaha! Okay memain je, jangan take serious eh.
Sampai sekarang aku ingat step buat lemang. Teruja sampai pagi tadi aku sarapan lemang dengan rendang ayam kampung dekat rumah opah. Perghh masih lembut lemang aku buat tu. Hahahhaa korang dah biasa tengok aku puji diri sendiri kan? Heheh good!
Okbai.
No comments:
Post a Comment