Teringat masa zaman sekolah dulu. Asal bangun
pagi mesti mengeluh taknak pergi sekolah. ‘ahh
bosannya nak pegi sekolah! Kenapa cuti kejap sangat ni?’ kankankan? Habis
sepanjang jalan sumpah seranah semua keluar sebab malas nak pergi sekolah.
Bosan nak belajar Perdagangan dengan zeragon, malas nak baca buku Sejarah yang
aku rasa boleh buat aku mengantuk tahap dewa dan Maths yang _________ ah korang
isilah tempat kosong tu sendiri perkataan paling best.
Dalam kelas bila masa Sejarah, mesti buat-buat
sakit kepala ‘cikgu, saya sakit kepala lah’ dan cikgu akan berkata ‘okay, awak
rehatlah. Tidur’ maka dengan senang hati, terus lemparkan senyuman pada PinaMusa didepan, Khalilah disebelah kiri, Lily
disebelah kanan dan yes, gua tido! Hahahah taktik tu selalu berjaya sampai
habis form5. KAHKAHKAH! (korang TAK PATUT CUBA)
Itu masa Sejarah, bila masa Perdagangan, semua
malas nak belajar. Bila tengok zeragon makin hampir dengan kelas, masing-masing
terus pecut ke toilet yang indah lagi cantik dekat blok depan tu. Eh cantik ke
toilet tu? Pape jelah. Bila tak sempat nak buat larian 100 meter tu,
terpaksalah duduk ramai-ramai belajar Perdagangan yang sumpah bosan tu. Oh tapi
kami buat muka tekun tau :) sedang tekun, ternampaklah sebutir NASI (Fakhri yang bagi nama ni) dekat
tepi bibir zeragon. Kadang-kadang tu budak-budak lelaki perli zeragon ‘cikgu, minum air dulu’ tapi
memandangkan zeragon dah tua, mungkin sebab itu dia buat-buat tak faham kot?
Atau mungkin dia malas nak layan? Dia sendiri yang tau. Hehehe (gelak sopan)
Ah kalau masa Science, PinaMusa, Lily, SabrinaHamed dan diri aku sendiri mesti
lari dekat bilik kaunseling sampai cikgu cari kiteorang dekat situ. Hahaha!
Memang kiteorang ada temujanji tau dekat kaunselor dekat situ. Buat-buat ada
temujanji actually. Kalau bukan dekat bilik kaunseling, kiteorang lari ke bilik
seni pulak. Yelah masa form5, bilik seni tu kiteorang yang conquer. Sarapan,
makan tengahari, lepak semua dekat situ. Celebrate birthday pun dekat situ.
Itu semua masa belajar sekolah menengah. Walaupun
kiteorang ponteng kelas, tak siap kerja sekolah, cikgu-cikgu tetap cool melayan
kerenah anak-anak murid yang malas ni.hehehe.
Rasanya tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru / Happy Teacher’s Day untuk cikgu-cikgu,
pensyarah-pensyarah (SKTamanMidah2,
SKTamanDesaBaiduri, SKPutrajaya1, SMKPutrajaya1, KolejKomunitiKualaLangat).
Terima kasih kerana kalian sabar dengar kerenah kami yang entah apa-apa ni :D
Terima kasih juga kerana mengajar kami tentang segala-galanya. Jasamu akan
dikenang sampai bila-bila.
Oh tak lupa juga kepada Ma, Selamat Hari Guru ma!