December 30, 2022

Sayonara 2022 πŸ‘‹πŸ»

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah hari-hari terakhir untuk 2022. Tahun yang aku pergi klinik back-to-back, tahun yang aku kena Covid, tahun yang aku banyak makan hati. HAHAHHA boleh? Alhamdulillah masih survive.

So semalam (29/12), family aku ada ajak makan-makan dekat Shah Alam. Jauhhhh ye gais nak makan. Yang untung makan jauh ni kita tak mungkin balik lepas makan. Hehehe. 

Jadi, kita ke I-City lah apa lagi. Lamaaaa dah tak pergi. Bila pergi, harga tiket pun semakin naik. Lemah semangat bila tengok harga semalam. HAHAHAHAH. Tapi tulah, takkan nak jalan-jalan je kan? So kita pun pergi tengok 5D Cinema.



Thank you 2022 for the memories πŸ’₯

December 23, 2022

[RESEPI] AGLIO OLIO

Assalamualaikum.

Lepas duduk sendiri, hari-hari aku cuba masak walaupun tak pandai. Kemon, kita ada ramai guru kot. Omak den, Omak mentua den, kawan den, dan segala mak nenek sosial media den. Hahaha. Semua ni membantu ye. Alhamdulillah.

Untuk next resepi yang aku nak share, previously aku suka bolognese sebab rasa macam easy peasy je. Tapi lepas aku makan aglio olio, aku rasa ni TERPALING senang nak buat. In fact, kau ada garlic pun dah boleh buat. 

Jadi untuk mengelakkan aku lupa dikemudian hari (aku ni biasanya lupa), meh aku share resepi Aglio Olio ikut selera tekak aku and korang kalau nak tukar resepi tu, dipersilakan. Janji tekak and perut korang happy :)



Aglio Olio

Bahan-bahan:

Spaghetti (aku guna angel hair spaghetti)
Bawang putih
Mix herbs
Chili flakes
Black pepper
Garam
Minyak

Cara-cara Memasak:

1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
2. Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
3. Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
4. Panaskan sedikit minyak.
5. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan garam, mix herbs, chili flakes dan kacau sehingga naik bau. Masukkan udang/sotong, dan black pepper. Kacau.
6. Masukkan spaghetti, gaul sehingga sebati.


p/s: jangan biarkan sotong terlalu lama dalam pan.

December 19, 2022

Weekend Well Spent

Assalamualaikum.

Macamana weekend korang? Mine, well spent dengan family. 

Hari Rabu, Adeeb whatsapp-ed ajak tengok wayang Mechamato cos biasalah bebudak kan bab animasi pantas! hahah. So, Jumaat baru aku booked tickets semua. 

Movie start at 4.10pm tapi 3.30pm dah ready ye. HAHAHA excited. Aku? baru nak bersiap kat rumah. wkwkwkwkw. tapi sampai depan TGV ngam-ngam 4.10pm lah. hahah nasib baik entrance rumah aku tu tak jem teruk. Kalau tak, habislah kena bebel.

2 jam dalam wayang. Sebelum pergi parking, Adeeb ajak tapau sushi dia dulu, biasa kalau keluar dengan Adeeb, salmon sushi jangan dilupa. Tak sampai rumah ye sushi tu. Dalam kereta dah habis 4 sets. Mantap!

-------------

Ahad pulak baba ma ajak pergi kenduri. Ada 5 in total. 


Kita mulakan kenduri di Nilai. Lauk simple tapi sedap dan kenyang betul.


Seterusnya di Sg Besi.


Kita sambung di Teratak Nanding, Hulu Langat.
Sampai je entrance khemah, aku nampak NyamNyam dan memang dah plan nak mintak tu since tuan rumah bff ma. HAHAHAHA. Dapat ok. Adik jeles sebab dia tak dapat πŸ€£


Diakhiri dengan Titiwangsa, Hulu Langat.

In total pergi 4 majlis saja sebab dah penat. Terpaksa "let go" satu kenduri. mihmihmih

Maka dengan itu, tamatlah sudah kenduri tour pada Ahad.

December 1, 2022

[RESEPI] Ayam Serai

Assalamualaikum.

Pagi semalam tak sempat nak tapau apa-apa for lunch, decided untuk balik rumah parents and makan. Sekali nasi panas lagi, jadi ke rumah Opah lah kita untuk sepinggan nasi. Hehehe. Then tengok ada lauk ayam. Oklah amik seketul. 

So balik rumah, makan dengan telur dadar cili api bersepah! Fuhh pedas yaa gaiiss. Oh ayam serai tu fuhh sedap siot! Terus mesej Iman (cousin) puji masakan dia. She's only 14 tapi sedap dia masak. Memandangkan tak tau nak masak apa malam tadi, so terus macam oklah nak masak ayam serai. Aku share jugak resepi untuk korang sesimple mungkin.

Bahan-bahan;
Ayam
Serai
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam
Gula

Cara Memasak;
1. Goreng ayam dan asingkan apabila dah masak.
2. Kisar serai, bawang merah, bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Masukkan garam, gula.
3. Masukkan ayam goreng dan gaul. Boleh dihidang.



Resepi ni aku agak-agak je sebab Iman takda pulak cakap nak berapa bawang semua.
haaa sedapnyaaa. Pastu makan dengan kicap sikit. fuhh πŸ˜‹

November 15, 2022

Berpicnic di Port Dickson πŸ§ΊπŸ–️

Assalamualaikum.

Weekend korang apa cite? It's been a while tak picnic dekat tepi laut kan? So yeah, tu aktiviti kiteorang last weekend. Veryyyy last minute. Main purpose adalah untuk celebrate birthday Pakcik Kamai. Tak tau lah menjadi ke tak surprise tu sebab macam dah terkantoi masa nak hidupkan lilin. Entah, sebab aku tengah kemas barang.


Tenang je rasa bila tengok view laut ni. My fav view. Walaupun tak suka mandi laut tapi watersport, onsss sajoooo. Oh masa ni kiteorang tak main pun watersport sebab entahlah, memasing takda mood kot eh?


The best captured.



Biasalah, Faizah sekarang bukan Faizah yang dulu. HAHAHAHA. Ini semua gambar ihsan dari family members yang lain. Actually ada banyak lagi tapi more to selfies lah. Gambar makanan langsung takda ye gaiss. HEHEHE.


Eh adalah satu haa gambar Zikri dengan Alif tengah membakar.

Faizah sibuk makan dan makan jelah kerja dia. Apa lagi kan? 😁

p/s: aku geram gambar gelap. sekian

October 18, 2022

BabyN finally here!

Assalamualaikum.

Welcoming on board, BabyN on last month. Alhamdulillah Erin selamat melahirkan seorang baby girl yang shooocute!

Met her last weekend, haa she's shoooooo cute! eventho she tidurrrr je sepanjang makngah ada kat sana. hahah

Dah, tu je aku nak update. 

October 17, 2022

Post Covid

Assalamualaikum.

I'm not sure if it's me or someone else going through the same thing but post covid it's real. 

Lepas je habis quarantine for covid, aku still batuk sampai menggigil kesejukkan selama dua hari berturut-turut. Satu hari dekat rumah, satu hari dekat office. Menggigil macam tempat tu sejuk sangat-sangat. Padahal rumah aku takdalah sejuk mana. Lepas tu, tiba-tiba badan panas. Then terus pergi klinik, sampai klinik kena tunggu almost 2-3jam. Serious. Tau-tau menggigil aku dah reda, demam dah hilang. Pelik kan?

Kiranya dua kali menggigil, dua kali aku pergi klinik. Kali kedua, aku rekod suhu badan semua. Panas beb. Doctor cakap post covid memang macam tu tapi aku cakap aku tak mampu nak handle sebab sakit sangat badan. Nak tidur tak lena, makan pun takda selera. Paling best, berat turun tapi tulah. Turun macam menyinggah je sampailah ada appointment hospital, doc pelik macamana berat aku  boleh drop? Sebab selama ni tak pernah drop, naik je manjang kan.

Kalau semput tu, jangan cakaplah. Sampai sekarang pun masih on off. Then nafas aku ni macam annoying. Sebab dia berbunyi wisel. Which is mengganggu aku untuk tidur. 

Paling kelakar bila FANS cari bunyi tu masa kiteorang nak tidur. Last-last dia baru perasan tu dari nafas aku. Padahal sebelum ni memang tau nafas berbunyi tapi kiranya ni lagi kuat. 

Jadi sekarang, hari-hari aku akan mulakan hari atau "breakfast" dengan inhaler 3x pump. Pastu honey lime mints. any brands should be ok untuk legakan tekak aku. Later lah aku cari difflam. Tekak aku pun gatal ni. Penat batuk. Sakit dada.

Dan aku yakin, minggu ni aku akan lemah gemalai je sebab batuk baik. Harap-harap baiklah soon. 

Dah lah, aku dah start penat ni. Luar pun macam nak hujan. Semoga waktu aku nak balik nanti, cuaca dah elok lah ye.

September 29, 2022

“The only thing a person can never have too much of is common sense.”

― Kathryn Smith, Anna and the Duke

August 31, 2022

PART 3 - Bye Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Hari terakhir, hari yang kiteorang ingatkan dah tak ramai kat Coffee House. Nampaknya tekaan meleset teruk ye. Harini lagi ramai daripada semalam dan tak dapat meja depan buffet. Jauh tercampak dekat bahagian luar.

Bread pudding adalah wajib dihari terakhir. Harini makan sikit dari semalam sebab batuk getting worst. Lepas makan naik bilik dan sambung tidur untuk cari energy nak balik nanti. Aku tidur tidur kejap je sebab kemas-kemas bag kan.

By 11.30am, kiteorang turun check out dan terus ke 200 Seeds Cafe untuk makan waffle sebelum balik. Korang tau dekat sini que dia boleh tahan ye panjang. Tengah beratur, staff kata something. Ada yang habis. Penat je que lama-lama. Then kiteorang decided untuk pergi cafe berdepan iaitu Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm


Waffle dia pun sedap jugak. Hot tea boleh kurang manis jugak. Lepas kiteorang beli strawberry, teruslah menuju ke Simpang Pulai. 

Oh ontheway balik, ajak FANS singgah tempat paling fav bila datang CH. Finally sampai jugak Avant Chocolate. Bought almond and hazelnut chocolate untuk jajan dekat highway. Then sebelum gerak balik KL, my private doctor aka FANS suruh makan ubat. HAHAHAHAH memang membuta lah aku lepas keluar tol Simpang Pulai tu sampai Jejantas Sg Buloh.

Bangun terus lapar beb! HAHAHAHA. Niat nak makan KFC. Macam tetiba teringin tapi macam biasalah que panjang ye gais. Ended up kiteorang makan nasi campur je. Kenyangggg!

Alhamdulillah our trip finally happen! 

Next kemana? Hahahah dah plan tapi jadi atau tak, nantikan.. gitteww

Malaysia Independence Day πŸ‡²πŸ‡Ύ

 
 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 65, Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

August 30, 2022

PART 2 - HAPPY BIRTHDAY FAIZAH AZMI πŸ’‹

Assalamualaikum.

Happy 31st Birthday, Faizah Azmi!

Hahaha motif sangat pilih dekat dengan birthday. Anyway jom sambung hari kedua dekat CH.

12/06 - seorang pejah sangat-sangat suka buffet hotel. So aku make sure ada breakfat buffet masa nak booking hotel. So, pagi tu kiteorang turun breakfast around 7.30am ke Coffee Shop hotel. First round adalah tengok menu and guess what, my fav bread pudding ada! korang tau kan how much I love bread pudding? 2x aku refill gaiss.


Dah kenyang, kiteorang naik bilik untuk tukar baju. Called maintenance untuk tengokkan toilet problem. While waiting, management call untuk mintak kiteorang turun dalam 15mins untuk package yang kiteorang dapat. Kelam kabut weh dengan FANS sakit perut, dengan tunggu maintenance nya. Aku memang sebelum breakfast dah siap. Kita pantas!

Bila dah turun, ingatkan dah lambat. Rupanya kena tunggu satu family lagi yang turun lagi lambat dari kiteorang. So kiteorang tunggu dekat bench chair. Bila semua dah ready, baru driver gerak ke tourist attractions. Basically CH ni semua tempat adalah sama. Semua jual bunga, strawberi, dan teh. Dan SEMUA tempat pun kiteorang beli teh untuk souvenirs.

Cactus Point > S'corner Central Market > Arked Peladang > Sg Palas BOH Plantation > Ee Feng Gu Bee Farm > Kea Farm Vegetable Market > Hotel

dan bila sampainya ke Sg Palas BOH Plantation, memang best lah. Ngam-ngam birthday kan. FANS belikan Strawberry Cheese Cake and hot tea and his fav, Hot Green Tea.


 

Actually aku nak kek lain sebab semalam ada nampak satu kek ni cantik sangat. Ingatkan kek yang sama tapi rupanya lain. Takpelah, cheese cake ni pun dah sedap dan tak manis sangat. Just the way I like it. Thanks Love



Lepas makan, sambung beli teh sekotak dekat situ while waiting the van sampai. Then bila dah sampai, driver tanya nak pergi Kea Farm? Majoriti kata nak balik hotel. So driver drop semua dekat hotel. Masuk bilik, aku terus makan ubat dan tidurrrrrr ..

Holiday ni memang kerja aku tidur, tidur dan tidur jelah. Puncanya sebab aku demam sehari sebelum datang CH.

Hujan lebat dari kiteorang balik tu sampailah ke malam. Dah plan nak makan steamboat dekat luar tapi sebab hujan, konon nak tukar plan makan steamboat dekat coffee house. Ended up, FANS ajak pergi steamboat dekat luar. Maka ke Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill lah kita .. Masa sampai, ingat salah tempat rupanya kena berjalan ke dalam lagi. Lepas bayar, masing-masing macam piranha. Lapar. HAHAHA. Satu benda kiteorang menyesal adalah salah pilih meja. Makanan banyak tapi meja kecik. Masalah bethooool!
 

 

 


Dah kenyang, FANS ajak jalan-jalan dekat Cameron Centrum. Malam dia meriah ye dekat situ. Macam-macam ada. Kalau korang jenis 24h coffee, tak susah lah.
 



Lepas penat, terus balik hotel dan sambung tidur. HAHAHA.

Part 3 - nak balik dah ...

August 29, 2022

PART 1 - Hello Cameron Highland

Assalamualaikum.

Been planning since last year nak holiday tapi tulah, bila dah nak dekat date, mesti tak jadi sebab ada hal lain. Then masa raya haritu, sementara layan jem kat highway, kita scroll booking.com lagi cuci mata tengok hotel. Tu perkara biasa untuk seorang Faizah. Nak tidur pun boleh scroll tengok hotel. Hehehe.

9/06 - Sepanjang hari kat office rasa tak sihat betul. Dengan batuk, selsema dah beberapa hari. Plan nak halfday tapi rasa boleh lagi tahan. Tup-tup dah nak balik, migraine attack pulak. Bawak scooter pun slow-slow je.

10/06 - Confirm demam lepas check up dengan doktor. Dapatlah mc sehari. Tapau nasi lemak rendang ayam then balik. Lepas makan nasi lemak dan ubat, terus sambung tidur. Sebab rasa penat sangat dada. Luggage pun tak kemas. FANS tolong kemas lepas dia balik kerja. Kesian dia.

11-13 June 2022 - KUL > CH


11/06 - Bangun 4am, final kemas untuk luggage, siap-siap untuk bergerak. Rumah > CH. Alhamdulillah sampai CH around 9am, terus pergi BOH Sungai Palas. OMG finally here! Ingatkan pagi-pagi takda orang. Hah! Sangkaan ku meleset jauh betul ye. Que memang panjang bethoooool! Lepas order and dapat duduk kat meja, my first sip of the day, hot tea with scones and tuna sandwiches. FANS minum green tea which is aku rasa macam minum rumput. HAHAHAH sorry gang. Mungkin tekak aku je kot rasa gitu.



Lepas ambil gambar, turun lah kami kebawah dan terus ke The Sheep Santuary. Aku rasa a bit scary sebab aku kan takut dekat binatang-binatang ni. Even aku dah rasa aku berani nak bagi makan ni, tapi bila sheep tu nak datang kat aku, aku lari. Habis makan-makanan sheep tu tumpah. Ambil gambar pun alahaiii sendu! Lepas tu lepak makan ice cream dekat PUKU Cafe. Sedap!


Break lunch dekat Ayahman Patin Pahang. Betul-betul sebelah The Sheep Santuary. Lepas makan, mestilah nak desserts kan? Kemon, siapa je tak suka manis-manis. Then jumpa Ori Cake House. Sponge kek dia sangatlahhh fluffy. 

 


Haihhh sedapnyaaa. Tapi tulah, sebab topping dia strawberry, dia jadi manis sikit. Haa manis pun, habis ok. Dilarang membazir!

Dah kenyang, hujan pulekk. Walaupun belum boleh check in, kiteorang terus pergi hotel dan lepak kat lobi sampai receptionist called around 2+pm. Awal sikit dari waktu asal. Masuk bilik, terus baring and sambung tidur. Makan ubat kann. 

Oh saya ada personal doktor sekarang. Dia bebel kalau tak makan ubat πŸ˜‘πŸ˜·πŸ˜«

Malam tu, kiteorang plan nak pergi Pasar Malam Golden Hills tapi hujan ye dari petang non stop. Lebat boleh tahan. Sebab dah lapar, kiteorang makan je kat Restoran Masakan Panas Utara bawah hotel. Bila dah kenyang, sajalah borak dengan staff kedai tu. Dia kata harini je bukak pasar malam tu and malam kat CH memang mati. Ended up FANS ajak redah je sebab tu wishlist dia. HAHAHA. Kita ok sajoooo. Sampai je, fuhh parking takda ye gais. Penuh dengan manusia. Kiteorang betul-betul jalan je kat situ. Sebab dah kenyang pun satu hal tu.

Then balik hotel, tidur.

Part 2 lah. Penat type. weeee~~

August 26, 2022

Hot Chocolate at Belgium Taste Chocolate CafΓ© ❤

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak share apa yang best untuk diminum atau dimakan. Kali ni aku nak share satu tempat yang ada the best hot chocolate. Diperakui oleh orang yang tak suka manis-manis yakni FANS.

Aku bukan lah penggemar Hot/Ice Chocolate tapi pada suatu petang tu, bila ternampak cafe tu, tiba-tiba perasan nak minum hot chocolate tu membuak-buak. Ye, mengada tu my middle name now HAHAHAH.

 
 
tengok gambar je dah tau betapa sedapnyaa hot chocolate ni.
 
So far dah 2x aku minum air ni. Perasan dia tetap sama masa first time. Terlalu sedap. Terlalu amazed! Belgium chocolate terlalu rich sampai terbayang-bayang πŸ˜‹

Selain dari Hot Chocolate, macam-macam lagi korang boleh try. Aku yakin korang akan berpuas hati. Lagi-lagi untuk chocolate lover. This is your place!
 
Belgium Taste Chocolate CafΓ©
LOT.4-79, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit,
50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(area Al Ikhsan/Subway)

August 24, 2022

BBQ on weekend!

Assalamualaikum.

Sabtu lepas cuaca sangat-sangat tidak mengizinkan. Hujan lebat dari petang sampai ke malam. Langat jangan cakap, ada tempat naik air. Contoh rumah opah. Teruk jugak. Alhamdulillah Ahad, semua dah kembali seperti sedia kala.

Pagi Sabtu aku busy sikit depan laptop. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Tapi belah petang, FANS ajak pergi rumah kaklong. Dah lama tak jumpa katanya. Last jumpa hujung Jun dekat Segamat sebab arwah Tokwan meninggal.

Jadi, korang dah ready entry yang penuh dengan gambar dan makanan? Let's!

 
Walaupun hujan renyai, bakar tetap bakar ya. Hujan-hujan, bakar-bakar. Mantap!

Assistan Pakngah dari mula sampai habis. Last-last dah boring, dia tinggalkan je sosej sampai ireng atas api HAHAHAHAHAH
 

Ikan cencaru bakar. Tau-tau 4 ekor setel. Fuhh lapar bethoooool. Penangan hujan. Lepas tu perut senak. Diri sendiri stress lepas tu.

Udang bakar. Hisap kepala udang tu fuhh nikmat gaiss!

Kerang bakar. Yang ini aku tak makan sebab tak rasa nak makan. Udang and ikan tu lagi sedap dan indah dekat mata aku. WAKAKAKAKAKAK

Ahli BBQ

dan diakhiri dengan menonton my fav film, Top Gun: Maverick
 
 
2x tengok, 2x aku amazed dengan movie ni. Terus jadi fav movie. Mihmihmihh😎 

Bye!

August 22, 2022

COVID19's Fighter

Assalamualaikum.

Officially Covid19 fighters!

Ahad pagi dengan kelam kabut bersiap sebab the family dah tunggu kat guard house. Weolls lambat bangun cos tak sihat kan. Then kiteorang terus balik Sepang and it's Kebun time, again :)

Masa dekat kebun, bersin non stop and dah rasa something wrong dengan diri sendiri. After awhile, mata panas. Balik rumah atok, mandi and lunch lah sikit. Nanti tak makan, lagi haru kehidupan seorang Faizah. Bila dah dalam kereta otw balik Langat, badan dah start panas, rasa berbisa satu badan. Serba serbi tak kena. Senang cerita sakit lah semua.

Sampai je rumah, terus masuk bilik and tidur. Adalah amat jarang sekali seorang Faizah tidur pada waktu tengahari/petang ye. Petang tu aktivitinya memang bangun, tidur, bangun dan tidur. Around 6, baba kejut ajak pergi klinik. Sekali kena RM97 kau!!! bapak mahal. HAHAHAHA. Ubat untuk sakit badan tu je dah RM50. ciskek bethoooool.

Malam tu FANS ambil dan terus balik rumah kiteorang lah macam biasa cos nak tidur Langat, mana ada baju. Semua baju dah sempit. Gemuk tak tentu pasal -_______-"

So on Monday, lepas hantar FANS pergi kerja (depan pintu jelah), golek-golek sambil scroll foodpanda. Ended up, defrost ayam sebab nak buat sup. While waiting ayam defrost, buatlah swab ....

OMG positive! terus simpan balik ayam dalam fridge, and duduk dalam bilik.


View selama seminggu 8/8 - 13/8

Begitulah cerita saya sebagai Covid19's fighter. Found out, baba pun positive covid on my 3rd day.

Alhamdulillah, semua baik-baik saja sekarang.

August 10, 2022

Next Week Planning

Assalamualaikum.

On my 3rd day of staying at home. Today and tomorrow, I got FANS accompanying me cos he is sick! Hopefully, he is getting better cos I cannot do much as prepare food or anything.

Kesian dia.

So yeah, bosan rupanya terperap dalam bilik je. But I think I rehat cukup sangat. Hahaha. Kalau next week masuk office, cakap penat jugak, tak tau lah nak cakap macamana. 

What am I gonna do lepas masuk office next week? Check the files! Ya Allah mesti banyak gilaaaa kertas atas meja. Confirm! oh and apply cuti for 18th. To hospital again. Banyak eh cuti Faizah? hmm.. 

Badan masih sakit. Kepala pun masih weng sana weng sini. Cepatlah sihat. Emails office pun dah dua angka tu. Seram nak bukak semua. 

Get well soon, myself.

July 6, 2022

 

It’s a lot easier to be angry at someone than it is to tell them you’re hurt.

Tom Gates

June 12, 2022

Happy Happy Happy Birthday Faizah!

 

I'm on my birthday-tion now πŸ’“πŸ“πŸ΅πŸ§‡
Update you guys later!

June 4, 2022

Happy 10th Anniversary, self!


Happy 10th Anniversary, self!
04/06/2012 - 04/06/2022

May 29, 2022

Selamat Hurry Raya! πŸ’₯

Sampai rumah makwe, menunggu yang lain siap-siap untuk bersalaman dan bergambar. Sementara tunggu, aku videocall family di Tekali. Alaaa rindu ... Aku tak nangis masa vc tu. Cuma rasa lain sebab yelah, 30 tahun raya sama-sama. 
 
Aku memang dah plan tak nak nangis sebab aku pakai contact lens. Masa salam raya, lahhhhh menjurai-jurai air mata guee πŸ˜“ Persoalannya, adakah aku sebak sebab aku actually rindu family aku? Aku pun pening. Hehehe

Anyway, Selamat Hurry Raya semua orang. 




Semoga raya tahun ni membawa kegembiraan dan kebahagian buat kita semua. 

Last but not least, kita jumpa raya tahun depan, insyaallah! 

p/s: abaikanlah aku yang makin membesar tu πŸ‘»