July 20, 2021

Raya Haji Berdua 💗

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilahda!

So far apa aktiviti korang harini? Aku, buat kerja office kejap sambil beborak dengan FANS.

Dan untuk raya haji kali ni, buat pertama kali nya aku masak rendang daging! fuhh hasil tunjuk ajar che nom gais, macam biasa.


Sorrylah, gambar tak semenggah sebab aku amik dekat whatsapp je tadi. Malas nak amik gambar baru. Muhehehee

Walaupun raya jauh (haha jauh sangat) dari family, menu raya tetap ada diatas meja sebab pepagi lagi Achik dah hantar dekat rumah. Ada soto ayam, kuah kacang, rendang ayam, ketupat nasi, lemang, ketupat palas, kuah lodeh. oh dan sambal kicap! Full set gaiss!

Mana tak gemuk memasing? Hehehe. Anw thank you Ma, Baba bagi makanan. Thank you Achik hantarkan.

Kiteorang dah ready berbaju kurung/melayu ni tapi tu lah, bukan boleh keluar, so nak buat apa? Hospital Ship and RunningMan pun dah habis khatam. Hahaha bosan. FANS dengan game jelah.

Oklah, again, Selamat Hari Raya Aidilahda semua! 🌸

p/s: Happy Birthday Syaz, Erin, Zikri, and soon, Baba!