Assalamualaikum.
Setelah berkurun lamanya, resepi makanan kembali lagi. Phewww setelah aku berjaya mengambil gambar selepas beberapa kali cuba untuk membuatnya. So far macam orang cakap yang pertama adalah yang paling terbaik dari segi rasa dan texture tapi aku tetap rasa setiap kali aku buat, SEMUA SEDAP! HAHAHAHAHAHA.
Bahan-bahan;
Crust
1 pack Biskut marie / Biskut Digestive
(korang boleh blend kasar untuk memudahkan kerja korang)
1 blok mentega - baru wangi (aku guna 1/2 blok sebab tu je tinggal)
Sejukkan selama 15-20mins
Filling
500g Cream cheese
1/2 tin susu pekat
1 biji perahan lemon
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara;
cairkan mentega dalam seminit dua.
campurkan mentega ke dalam biskut yang telah korang patah / blend kan itu
biarkan ia sejuk selama 15 - 20mins
Lepas tu, korang masukkan cream cheese, susu pekat, esen vanila dan mix semua bahan sampai kembang.
masukkan perahan jus lemon dan bagi ia sekata.
Sejukkan dalam 2 jam atau lebih sebelum dihidang.
Aku dah try, lagi lama disejukkan, lagi padu rasa dia. Haihh teringin pulakk ..