May 24, 2020

A Raya Gift With A Bright Smile And Happy Tummy

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA! Semoga syawal kali ini memberi satu kegembiraan buat semua yang menyambutnya. Walaupun dunia sedang terjejas akibat COVID-19 ini, kita janganlah menyerah kalah. Jaga jarak diantara kita agar tiada benda yang buruk berlaku. Mudah-mudahan.

Dikesempatan ini, saya selaku tuan belog ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa mahupun terguris hati anda semua dengan kata-kata atau tulisan saya ini. Manusia kan, selalu saja buat kesilapan. Kosong-kosong eh? :)

Yang penting bila nampak makanan tu, beratur tau. Jaga jarak tu. Jangan kelaut pulak ye. HEHEHE.

Selamat Hari Raya gais! Cerita raya, later ok?!

Thank you so much!

Received a Raya Package from E & D last week. Alhamdulillah rezeki akhir ramadhan.

Caramelised Banana Loaf - Tiba-tiba dah jadi favourite. Sedap.

Caramelised Banana Loaf, Crunchy Choc Chip Cookies & Coconut Cookies

And it's sooooooooooo damn good! Especially Banana Loaf! Haa mungkin sebab aku peminat banana cake so aku suka. Aku makan lepas buka, sahur sampai habis. HAHAHAHA. Siapa suruh dia sedap sangat?! Adik awal-awal dah conquer Crunchy Choc Chip Cookies tu. 

"Kakak nak ni tak? Kalau taknak, Adik nak.." - lalu dia membawa pergi sambil memeluk erat bekas cookies itu. Sedap and ada callebaut chocolate dalam cookies. So gooooood.

Oh Coconut Cookies pun sedap. Macam ada badam tapi rasa macam ada kelapa parut jugak. But sedap! 

Overall, semua sedap dalam package ni.

Thank you once again to my managers, E & D. Selamat Hari Raya!

May 23, 2020

WARNAPOPS Sedap GILAAAA!

Assalamualaikum.

Pada suatu petang, sedang aku menonton stories, aku tertengok Lara Alana dapat satu package dari WarnaPops. Haaaa bermulalah bibit-bibit bukan percintaan tapi pencarian aku pasal WarnaPops ni. Lepas tu macam biasa, once aku dah letak phone tepi, aku dah lupa pasal pencarian tu. HAHAHAHA

Hari demi hari, sedang aku scroll Twitter aku yang semacam bosan je sekarang tak tau lah kenapa, aku ada terbaca satu tweet pasal WarnaPops. Eh WarnaPops! Aku tekan thread tu dan baca dan DELIVERIES!

Marilah cari dekat instagram - adalah langkah seterusnya.

Belek punya belek, aku ajak adik-adik aku yakni Zikri and Achik untuk beli WarnaPops. Berjaya guyss aku pau adik-adik aku untuk join venture beli WarnaPops ni dan decided untuk bagi dekat Adik sebab Adik dah banyak kali kena scam dengan aku sepanjang PKP ni. HAHAHAHAHHA

WHY?!

Aku beli barang dekat Shopee tapi lupa nak tukar nama aku, instead aku letak nama dia. Sakit je hati member tu. Beria terima tapi bukan barang dia. HAHAHAHAHHA so WarnaPops lah ganti dari scam-scam tu.


It's finally here!


Aku yang balik kerja tu macam apa je, tengok kotak ni dalam peti ais. Alhamdulillah Adik tak excited ye bila dapat delivery ni. Ciskek betullah. Kiteorang yang excited lebih. HAHAHAHAHHA

Flavours: Watermelon, Tropical, Strawberry Lemonade

dan tiga-tiga pun sedap ya ampun! Nampak pun dah mengiurkan, apa tah lagi kalau rasa. Memang pure buah-buahan. Tropical adalah nanas + mangga kalau tak silap. Dekat rumah, Strawberry dah SOLD OUT. Laku keras flavour ni. 

Thank you Tasha sebab melayan order kiteorang. 
So korang boleh click > WarnaPops kalau nak order ok? Dijamin sedap dan marvelous! Eh memang sedap gilaaaaaa lah cerita dia. 

Kalau korang nak pick up sendiri, boleh pergi terus dekat Rekascape, Cyberjaya atau cari je agen-agen dia. Senang bukan?

May 22, 2020

Akhir Ramadhan.

Assalamualaikum.

Kembali kita bersiaran diakhir-akhir ramadhan ini. Berbaki satu hari lagi yakni esok (Sabtu) sebelum kita menyambut lebaran pada Ahad ini. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beraya bersama keluarga dan makan yang sedap-sedap dipagi raya nanti. Insyaallah.

To be honest, kemeriahan tahun ini adalah tiada ya. Mungkin disebabkan COVID-19 ni, semua kedai pun separuh buka. Setelah sekian lama tak keluar malam, malam tadi kiteorang pergi Alamanda. Masuh je dalam tu macam terkedu. Bukan sebab ramai orang tapi sebab suasana macam mall terbiar! Kosong, gelap weh! Kalau tak, McD tu dah penuh orang que nak beli McFlurry. 

9:45pm, rasa cepatnyaa masa berlalu bila dalam mall tu. Tau-tau mall nak tutup. Tak sempat nak berfikir 100x "nak beli ke tak eh baju ni?" - ha aku lah tu. Akhirnya tak beli sebab hati berbelah bagi. Satu sebab tak boleh try pakai. Sah-sah tak boleh tukar juga kan nanti? 

But it's ok, aku berharap COVID-19 ni akan berlalu pergi dengan segera lah. Aku rindu suasana sebelum COVID-19. Boleh jalan-jalan kat luar mahupun dalam mall. Boleh food hunting. Boleh bercuti. Boleh jumpa semua orang dan terpaling penting, free-mask! HAHAHAHA aku dah tak sanggup weh 10jam on mask. Rasa sesak didada, semua adalah.

Anyway, aku ada dua entri tertangguh. Don't worry, it's all about foods! Muahahahaha. Sedap dan marvelous! Eh jaranglah benda sedap tak share. Kalau tak share pun maksudnya aku takda masa atau malas nak update. Tapi sebab aku dah beria bergambar, haruslah letak dekat sini. 

Snippets for both entries.

Thank you E & D for the Raya Gift set.


For Adik, from 3 of us.


Lepas raya, kita kena letak gambar raya eve pulak kan? haaa tak sabar.

Ingat esok nak try buat cheesecake si Khairulaming tu. Tapi cerita dia KALAU RAJIN lah. mihmihmihh. Aku dah tak serajin dulu-dulu masa duduk Putrajaya. Masa tu apa Kak Fain masak atau bake, aku try pulak lepas tu. Now, ma dah masak sedap sangat dah. Heheh dasar malas kau eh pejah?!

Jadi, marilah kita mulakan kerja sekarang. Muahahahha.

May 5, 2020

Posto Posto !

Assalamualaikum.

Bertemu kita kembali dalam rancangan gambar-gambar makanan sempena bulan puasa ini. Muehehehhee. Seperti yang anda lihat, ada dua gambar dan satu je gambar makanan. Kenapa? Sebab hmm aku pun tak tau lah. Ni je yang ada dalam phone aku sekarang. Memory dah penuh. 

Mari kita mulakan dengan kiriman dari sang peminat nun jauh di Selatan tanah air. 



Baulu Rangup. Sedapnya tak terperi. Sambil bermovie date, mengunyah non stop walaupun ada ulcer. Tabahnya seorang Pejah 😝 But anyway, terima kasih daun keladi, sudi-sudilah hantar lagi 😜 eh berpantun pulekkk. Thank you FANS, Mama FANS, adik-adik FANS!

Next, barangan yang dicari-cari dimusim PKP ini. 




Jutaria!! Korang tahu tak yang aku dah purchased Saidina dekat Shopee tapi sampai sekarang tak ship lagi weh dan kebetulan aku pergi MR DIY pagi tadi dan alangkah gembiranya aku bertemu dengan seSET dua Jutaria ni wehh. Harga paling tak munasabah ye. Terkejut aku! Dengan gembiranya aku membeli dan yeah, esok lepas sahur aku nak open game bersama geng-geng game kat rumah ni 😈

May 4, 2020

04/05/20

Assalamualaikum.

Hari pertama bekerja bagi yang memulakan kerja harini. While me, akan bekerja selepas PKP tamat yakni pada 13/5 ini. Haa next week lah tu and I'm not sure either dah ready or belum untuk bekerja. 


Me. Later.

HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHA