December 20, 2019

Emosinya 😫

Assalamualaikum.

2019 adalah tahun dimana banyaknya berlaku pembaziran air mata. 

Salah cakap, menangis. 
Stress, menangis.
Kurang perhatian, menangis.

Penuh dengan drama air mata.

Even sampai sekarang aku rasa emosi aku terganggu. 
Haa orang mungkin cakap aku drama (sikitlah pun), cengeng tapi entahlah ..

Type ni pun aku rasa sebak. See! Emosinya aku tahun ni :(

Pagi tadi aku ada whatsapp few orang untuk bagitau betapa emosinya aku pagi ni. 
But ended up with deleted the messages. Aku takut. 

typing ...
you deleted this message ...

ulang sampai lebam 😞



2019 bakal melabuhkan tirainya. 2020 bakal menjengah dan aku doakan semoga akan terjadi the best year for me 爛 Insyaallah mudah-mudahan.

December 18, 2019

December

Assalamulaikum.

Bulan terakhir setiap tahun. Alhamdulillah, bulan ni banyak berita yang best. So far belum ada cerita sedih lagi; well at least untuk aku. Untuk orang lain, aku tak tau. Tapi takpelah, kenalah redha. Ye dak?

Ok, mari kita mulakan dengan perkara yang aku excited. Alhamdulillah, tarikh kahwin aku insyaallah dah ditetapkan dan kalau orang lain takda celebrate 1st year engagement, aku ada ok. 15/12, setahun sudah. So nak menunggu another year untuk tukar tittle baru. Semoga dipermudahkan.

Next, finally kiteorang (we, family) had our family road trip to Terengganu! Yahooooo. Tapi sepanjang 3 hari 2 malam dekat sana, aku makan satar 2x je, yakni waktu sampai dan waktu balik. Padahal tujuan utama kesana adalah mencari satar 😓 Tapi takpelah, adalah merasa seketul dua dah cukup dah.

Oh, aku ada ambil few gambar tapi aku nak transfer kesini rasa macam ya ampun malasnyaaaa! Even kat IG pun aku tak update tau. Sebab malas. Rasa seronok bercuti satu keluarga 💗

Then.. aku lupa dah! HAHAHAH aku ingat dua ni je.


But I received a good news semalam. My future SIL is getting married next year! Alhamdulillah.

Ok tu je. Aku nak sambung buat kerja.

December 2, 2019

October 17, 2019

Hujan.

Assalamualaikum.

Aku rasa aku dah lama tak menulis, sama ada dekat blog aku sendiri mahupun Thread. Kadang-kadang bukan masa yang mencemburui aku tapi aku yang mencemburui masa tu. HAHAAHA konon nak melawak tapi macam tak kena. Macam sekarang, aku rasa nak blog something tapi bila dah login, terus hilang dari pandangan mata tapi gigihlah jugak menaip walaupun tak tau nak taip apa.

Kat luar tu dah macam nak hujan.. *pandang tingkap* hmm dah hujan dah gais kat luar tu. Semoga dia berhentilah sebelum aku pulang nanti. 

Lepas kajadian tempoh hari (bollywood atas jalan tu), aku rasa aku trauma dengan jalan basah mahupun hujan. Padahal sebelum ni pun aku pernahlah accident tapi kali ni punya penangan macam over pulak.

Even dalam kereta, aku tetiba cuak. Aku tutup mata untuk mengharungi perjalanan tu. Kalau masa aku bawak scooter tu, haa mulalah kepala buat hal dia, flashback hari kejadian tu dimana aku guling-guling and masa tu aku bukak mata, aku nampak ada Proton Saga coklat depan aku weh. Ishh.

Alhamdulillah. Aku hidup lagi. Takda patah atau any serious happened.

Cuma... luka kat kaki tu masih sakit. MASIH SAKIT, masih ngilu. Aku masih jalan berjengket dari hari aku accident tu. Dari bertampal sampai dah biarkan luka tu, aku tetap berjengket. Sakit dia masih terasa. Hmm bukanlah aku tak boleh jalan biasa, boleh tapi better buat masa ni berjengket walaupun betis aku dah start sakit. HAHAAHHA

Kalau dulu dari pintu production > store > pintu production, aku boleh sampai cepat. Sekarang, hmm takpelah, aku jadi kura-kura jelah sekarang. Nak berlawan pun tak mampu. Nak acah-acah ajak Zikri jogging pun tak boleh dah. HAAHAHA drama sangat kau, pejah 😜

Tapi haritu ada budak terpijak luka tu dengan kasut sekolah weh. Aku mengerang sakit kat situ sambil genggam tangan/bahu budak tu. Aku yakin budak tu terkejut and mungkin tangan/bahu dia lebam lah kot sebab aku rasa macam kuat je? Haihh terus rasa bersalah 😥 


............ tapi dia pijak kaki aku weh. So aku tak salah kannnnnnnnn?👉👈😜

October 4, 2019

Bollywood again!

Assalamualaikum.

Kembali kita ke bulan yang baru untuk 2019 ini. Gila sekarang, sebulan satu entri je. September langsung takda. Sumpah pemalas sekarang nak update apa-apa. Even Editor email pun aku tak reply. Aku takda masa weh nak buat apa-apa pun.

But anyway ...

Aku mulakan bulan Oktober dengan kejadian guling-guling Bollywood sekali lagi. HAHAHAHAHA macam biasalah gais, aku dengan jalan tar tu tak dapat nak dipisahkan. Alhamdulillah, tak teruk macam previous. Tapi bila mandi, tetaplah sama je kesusahan dia. Aku squat setiap hari, setiap kali mandi weh. Sekarang pinggang aku sakit namati. Gais, tetap tak kurus gais 😜

Harini aku masuk office setelah diberi dua (2) hari mc dan sepatutnya kena sambung harini tapi biasalah, aku tak betah (wow betah siot), so aku tolak mc harini. Aku nak masuk office, buat kerja yang menggunung ini. But takdalah menggunung macam Gunung Kinabalu tu. Tu over. 

Kau pahal nak over sampai camtu pejah? 

Ok, apa lagi nak borak? So far tu jelah.

Aku nak sambung buat kerja. So, bye gais!

August 18, 2019

Hi !

Assalamualaikum.

Nampaknya semakin lama semakin malas aku nak update entri blog ni. Bukan sahaja disebabkan kekangan masa, tetapi disebabkan tiada idea nak taip untuk share dengan korang. Aku dengan dunia baru aku sekarang. HEHEHE.

Dunia Malas.
Dunia yang tak pernah pudar dari kehidupan seorang Pejah.

So apa khabar korang?

July 10, 2019

Tired.

Assalamualaikum.

09:15 am, aku masih takda mood untuk memulakan tugas. Tiba-tiba rasa penat yang maha dasyat. Mengantuk, menguap je kerja pagi ni. Tapi aku berjaya untuk readykan documents yang nak sign oleh aku. Bagus, takdalah rasa malas sangatkan?

Anywayyyy, aku dah siapkan satu article untuk Thread. Alhamdulillah finally! Setelah beberapa bulan aku "bercuti" dari menulis, aku berjaya untuk siapkan satu article dari dua yang aku dah plan asalnya. Semoga aku dapat idea untuk second write up tu sebelum habis bulan ni. 

Jangan malas sangat eh Pejah!


I'm tired of defending my character. I am what I am. What you see is what you get        - Dana Plato

June 14, 2019

Officially 28 💋

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 28 tahun 2 hari dah umur aku. Yeahh aku masih muda geng. Masih mudaaaaaa sangat -__- "Celebration" tahun ni sangatlah lain dari yang lain. Ada elemen sedih, kecewa, gembira, terkejut. Semua rasa ada. Semua pakat nak join sama-sama birthday aku tahun ni. Takpelah, aku terima "korang" seadanya.

First, birthday eve yakni 11 June, Maktok telah kembali ke rahmatullah. Maktok adalah emak kepada arwah Ibu ku. Aku memang speechless gila bila baca mesej makngah ...


Aku terus call FANS. Masa tu je aku menangis sebab dia cuba buat lawak hambar 😞 Lepas dapat mesej tu, Baba suruh siap-siap balik rumah Maktok and aku, Zikri tidur rumah maktok malam tu. Alhamdulillah Maktok telah selamat dikebumikan lebih kurang 10 - 11 pagi 12 June tu. 

Semoga arwah Maktok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Damailah Maktok disana. You'll be missed, Maktok

Kedua, lepas balik dari rumah Maktok, Aku dengan Zikri pergi Pasar Seni kejap untuk collect barang sekolah Ma and Zikri beli cake senyap-senyap untuk aku. 


pastu sebagai kakak yang prihatin, aku belanja lah diri aku dengan Zikri ..


hehehhee. Padahal kat Tesco Kajang ada je tapi tak pernah terlintas nak beli. Semua sebab penangan bubble tu. Jangan risau, bukan favourite. Cuma terasa je nak minum.

Ketiga, malam tu macam biasa lepas makan memang aku akan lepak dalam bilik. Buatlah apa-apa tapi sebab aku tak cukup tidur malam sebelum tu, aku dah standby baring nak tidur dah sampailah Baba masuk bilik tanya aku "nak tidur dah ke?" aku jawab "penat ba.."

Tiba-tiba, drama king kat rumah tu, haa siapa lagi kalau bukan siGedik, dia meluru masuk bilik aku pastu dia cakap "Kakak!! kakak!! cepat keluar, mama nak marah kakak!!" Aku dah garu kepala. Pahal budak ni?


Another surprises! Kalau petang dapat kek dari Zikri, malam dapat kek dari Ma Baba pulak. Alhamdulillah malam aku manis betul. Hhehehe. Thank youuuuu Ma, Baba, Zikri, Adik 💕

Keesokkan harinya, pagi-pagi aku dah dapat sms ..


Aku dah dapat agak dah sebenarnya ada something going to happen bila aku masuk office nanti tapi tak tau apa benda. So bila aku dapat sms and call dari brother ni, orang pertama aku syak adalah seorang FANS. Eh boleh pulak dia tak mengaku 😒 Lepas-lepas tu, bila aku dah terima bouquet tu, barulah FANS mengaku. 


Haaaa on behalf office, nak beli whiteboard konon?!!! puihh lahh. Tu alasan lapuk dah weh! HAHAHHAHAHA

 
Anyway, Thank you so much Tunang 💜

Orang yang tak pernah lupa birthday aku saban tahun, Ms. E !


Thank you so much, E !
Ini macam hint nak suruh saya pergi bercuti jeeeee? 😎😜

 dan takkan lupa kepada semua yang mendoakan kebahagian, kesejahteraan seorang Faizah Azmi.
Insyaallah kebahagian juga milik kalian, milik kita semua. Amin 💋



E cakap kalau taknak roses tu bengkok, gantung macam ni. So bilik aku dah ada wall of fame now. Hehehe 🌹

May 30, 2019

Penangan tengok video masak 😅

Assalamualaikum...

Ok, memandangkan raya tahun ni aku cuti gila lama, so aku memang dah plan untuk siapkan kerja awal.  So berhempas pulaslah aku buat semua kerja. Bila aku perasan je yang one of the containers akan sampai lepas naik cuti, aku dah gelabah dah. Yelah, docs penting semua tak ready lagi. Kalau tak hantar kat customer tepat pada masanya, habislah. Macamana customer nak collect container dia, betul tak?

So aku masuk office, aku selesaikan semua. Alhamdulillah tadi abg Fedex dah selamat collect document untuk dihantar ke Oman, kalau tak silap aku lah. Phewwww lega weh. Both containers punya documents, dua-dua dah setel courier. Nanti cuti, tak payah fikir kerja dah. Boleh relax makan nasi impit / ketupat dengan kuah kacang, rendang daging omg aku dah kecur air liurrr! 😋

Berbalik pada cuti. Aku actually jarang cuti lama. Kadang-kadang aku tak apply pun cuti. Sebab kampung aku dekat je, in fact hari-hari aku balik kampung. So takyah lah kannn. Tapi tahun ni sebab keje hari Jumaat je, aku decided untuk sambung je cuti. So aku applied. Pastu harini dapat memo yang company bagi cuti dekat semua staff sempena raya. Jadi apakah function aku apply cuti raya tu, wahai kawan-kawan? Buat rugi form leave je 😌

Perkhabaran kedua untuk harini yang aku ingin sampaikan adalah tentang Aqilah, #GengPondok. Adakah anda masih ingat tentang #GengPondok? Jika anda adalah seorang pembaca blog ini dari seorang pejah berumur 16-17 tahun, makanya anda kenal siapa dan apa itu #GengPondok.

Ok, Qilalalalaaahh dah beranak gaisss. Babyboy. Alhamdulillah BabyY sangat semangat. Qilalalahh kata dia banyak minum susu #tips

Disebabkan masa aku terlebih-lebih dua tiga harini. Mungkin sampai next week, jadinya aku dah terjebak dengan youtube Tok Sidang, Shiela Rusly & Mika. Dorang kongsi pasal life, pasal masakan and review makanan paling penting. Dan sebab itu jugak, aku dah teringin nak pan Tefal tu ! HAHAHAHAH and katanya kalau beli pan Tefal akan dapat buku resepi Sentuhan Rasa Shiela Rusly tu. Ok, aku nak buku tu. Nanti aku nak try cari lah kat bookstore, kot-kot ada jual. Macam senangnya resepi dalam tu.

Masak ke kak oiii?

Hmm tu belakang punya cerita lahh eeeeee...

May 28, 2019

Gembira & Sedih sepanjang minggu 😅

Assalamualaikum!


Kalau takda aral melintang, next week kita rayaaaaa. Aku macam biasa, mood raya tu tak pernah sampai awal. Sipi-sipi selalu lah ada. Haissss.. Baju raya aku 3 pasang ye tahun ni. Tinggal baju untuk 1st raya je masih dalam proses menjahit agaknya. Ke dah siap? Entahlah. Aku tak kisah sangat. Janji aku ada baju. Hehehe. Mudah bukan? 

So last week, lepas ma baba membeli belah di pasar dengan pelbagai jenis haiwan untuk bekalan rumah sempena bulan puasa, raya dan juga selepas raya, kiteorang telah join ma baba untuk buka Aeon pulak. Serious weh, gate belum bukak tapi kiteorang dah terpacak kat luar tu. Demi keriangan berganda-gandaaaa.. Shopping baju raya untuk adik and the cousins. Aku nak beli jugak tapi macam biasa, dengan kaki yang serupa gajah ni, yaa macamana mau dapat design yang berkenan dihati.. Nasib baik aku dengan FANS sama size. Phewwww ~




Ni actually kasut lelaki weh, kat Bata. Hahahah saja try. Longgar lah pun sebab bukan size tapi selesa tapi nipissss. Eh aku tak beli pun. Kan dah bagitau saja nak try. Ishhh.

Ok, malam tu pulak, aku finally selepas 10 tahun, aku berbuka dengan bestfriends. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jumpa dorang yang mana last aku jumpa Dec tahun lepas masa aku tunang. Pastu "jumpa" dekat instagram, twitter je. Heh betul. Padahal rumah dekat je pun. Kekangan masa pastu semua ada life sendiri sekarang. 


Hmm sebab ni last minute makanya Zera tak dapat join. Dia buat facial dengan adik dia. Muka dia semakin lawa. And kiteorang akan jadi aunty soonnnnnnn. Teyka bakal bertukar pangkat menjadi mommy to be tahun ni. Alhamdulillah. Tak sabarrrrr..

pic credit : Erin

And I met my future sisters tooooo, Erin & Syaz. Sepanjang ramadhan, Syaz ada show dekat Philea. So yeahh. And macam biasa, tanpa bantuan Betty, aku memang takkan amik gambar sendiri ye. Aku boleh bayangkan if Bet ada, dia mesti "weh cepatlah amik gambar!" "kau jangan mengada boleh tak?" dan pelbagai lagi. Yaa aku dah faham dah dia tu. HAHAHAHA

Dan semalam, aku memang kepenatan tahap terpancar dimukaku .. Few orang tegur tapi aku rasa muka aku ok je. Kat rumah, Zikri tegur jugak siap suruh aku pergi tidur. Tapi aku sebagai kakak yang rajin SANGAT, aku tolong dia kopek kerang -.-

Oh sebelum tu, sebuah (?) pinggan telah terjatuh atas jari kaki aku lalu membengkak dan berdenyut tanpa berhenti ya. Memang jalan terhencot-hencotlah aku harini sampai dia ok. Haisss nak raya ni weh. Teringat dua tahun lepas, aku accident seminggu lagi nak raya. Sedih.

And gais, aku dapat hadiah birthday awal sangat dari ma and baba lah opkosssss. 


cuci yang lama, terus dapat baru. Heheheh thank you ma, baba 💕


 And masuk office, dapat kuih raya. With my favourite cashew nuts on top, Thank you, HR !

May 7, 2019

Puasa Day 2

Assalamualaikum.

Selamat Pagi koranggg.
Dah hari kedua, amacam puasa korang? Ok tak? Alhamdulillah aku semalam ok je. Cuma lesu kemain. Hahhaha first day kan. Drama haruslah lebih sikit.

Semalam had my first meeting ever with customer. Quite nervous tapi semua went well. Alhamdulillah. Hmm macam tu rupanya feel bila jumpa customer luar ni. Anyway, aku happy gila sebab dapat rasa situasi tu.

5:50 am, aku sedang menyiapkan folio Sejarah Adik yang tak tau lah bila nak siap. Sebab malas aku kemain teruk sangat. Padahal isi semua dah ada cuma tu lah, malas tu mengusai diri.

Sesambil buat folio, aku tengok telemovie kat RTM ni. Best jugak. Biasalah lepas sahur, normally aku cuba tak tidur sebab kalau tidur, aku memang akan mengantuk atau penat sepanjang hari. Macam semalam, sampai je rumah aku terus tertidur lalu tersedar around 2 am. . Tidur balik jam 3:30am, tersedar balik 4:50 am. Lambat dah bangun sahur. Haishhh perangai betul.

Adik main tukar-tukar channel. Now dia tengok hoki pulak dekat 801. Dia dah tukar minat ke? Tak nampak macam nak bertukar tapi hmm mungkin takda game bola sekarang.

Dah, aku nak sambung google gambar-gambar menteri ni. Ramai gak menteri kat Malaysia ni. Hahahah

May 3, 2019

Selamat Berpuasa !

Assalamualaikum.


Puasa insyaallah akan bermula minggu depan and yes, I'm freaking excited and nervous sebab aku tak pergi ukur baju raya lagi. Kekangan masa yang dibuat-buat tu lah menjadi sebab kenapa aku tak pergi tempah awal. Marilah berdoa agar baju raya aku tahun ni siap dengan cemerlang. Amin.

2nd, sebelum aku mula buat apa-apa kerja harini, aku decided untuk login kat sini dulu. Type lah sepatah dua kata tapi nampaknya dah berpatah-patah kata dah ni aku merepek. Aku rindu nak nak login blogspot mahupun Thread tapi disebabkan kekangan idea dan hmm senang cerita aku malas ya rabbi, so memang takda lah aku nak login. Malam tadi pun, aku login, aku dah type panjang-panjang, upload gambar lepas tu aku delete 😫

Ya ya, mengada. Aku tau 😎

Aku ada banyak benda nak cerita dengan korang. Dari aku jadi AJK Kelab Bola adik sampailah ke majlis kat rumah nenek Sabtu lepas. Tapi tu lah, sebab aku pura-pura busy, jadi aku malas. 

Fokus aku sekarang adalah baju raya and siapkan folio Sejarah adik yang kena hantar sebelum 25hb. Dah lah baru 20% je siapnya pun. Semua isi aku cedok kat internet, yelah nak biodata kan. Biodata diri aku, aku tau lah. Biodata orang, Wikipedia lah jawabnyeeeeee.

Ok now apa lagi aku nak share sementara aku tengah into blogspot ni.
Hmm aku dah ada dua artworks atas meja ni, baru dapat pagi ni. So aku rasa aku dah boleh mengundurkan diri sebelum aku semakin galak disini 😅

Anw, Selamat Berpuasa gais 😊

May 2, 2019

After a month 👾

Assalamualaikum.

I'm back people after a month away. 

Aku tak pernah sangka yang aku akan skip satu bulan tanpa update apa-apa dekat blog. Paling malas pun, akan ada jugaklah satu entri. Malas kali ni lain macam betullah. 

Oh Thread? Haa jangan tanya. Dah hampir lima bulan tak terupdate. Apasal tah aku ni. Mood nak menaip tu tak sampai-sampai, sampailah ke malam ni. 

Niat asal nak sambung folio adik tapi 

hmm nak transfer gambar kejaplah ...

dah transfered, hmm nak update blog lah. HAHAHAHAHAH  =_________=

Weh gambar makanan banyak gila dalam phone aku. Gambar paling latest, laksa semalam kat rumah nenek. Terpaling craving sepanjang minggu. 

Kenapa gambar kau pejah? Kenapa bukan gambar laksa?

Eh sukati aku lerrrrrrrr 😜

Aku dah ada draft untuk second entry tapi aku asyik typing - delete. Type banyak-banyak, upload gambar pastu aku delete. Mood tu tah kemana-mana ya ampun.

Dimanakah mood pejah yang suka merepek bagai nak gila tu? Mana-mana?!!

Entri yang ni pun, aku dah post. Pastu aku edit lagi tambah lagi ayat-ayat yang alahaiii sendu rasanya. Macam bukan aku yang type. Tak pernah-pernah aku type style buku, harini konon nak kelainan tapi hahahha macam pelik. Serious pelik.

Just not my kind of style.


mungkin aku perlu berehat seperti Belang? 
hmm mungkin? 
hmm mungkin tidak?
hahahaha aku dah lost ni. Apa aku nak type ni?

Serabutnya entri ni aku rasa ...
Hahahahahaha.

March 17, 2019

Sunday, sunny day!

Assalamualaikum.

17/3/2019 - semakin jarang update blog. Kekangan masa yang sangat mencemburui kitaaaa. Fuhh gittewww ayat sekali sekala bermadah helah dalam blog. Korang patut kesian column aku lagi dekat Thread. Dah berbulan tak update. Bukan takda idea, ada. Tapi sekali lagi, waktu tu takda. Kerja, keluarga, diri sendiri, eh macam-macam. Tapi ni bukan alasan sebenar. Alasan sebenar aku adalah aku malas. AHAHHAHAHAHAHA 

eh kami dah tau lah pejah


so? nampak aku kisah? HAHAHAHA aku malas and betul-betul takda masa
kata pejah kepada suara-suara itteww

Tapi takpelah, aku cuba untuk update satu article untuk bulan ni walaupun shipments back to back sampai April weh 😅 Untuk shipments kali ni, aku berharap sangat aku buat paling the best. Takda salah sikit mahupun salah banyak. Takut? Cuak? HARUSLAH! Perasaan tu wajib ada untuk setiap kali shipments 💪

Ok, basically aku just nak share apa aku tengah buat sekarang. Ye, sekarang, dihari Ahad yang panas terik ini. Hehehe.

Aku baru lepas recap semua vlog Ain Edruce. Sekarang pulak tengah tengok Di Balik Idola - Erra Fazira. Beliau cerita first time pergi audition, ketaq tangan pegang skrip. HAHAHAH weh aku pernah lalui pengalaman tu. Memang menggigil tak ingat. HAHAHHHA

And pagi tadi, sepanjang jalan ke Kuala Selangor, aku dah tengok semua videos konsert Dato Siti. Suatu hari nanti, aku nak pergi konsert Dato Siti. Yes. Forever idola dari kecil lagi 💗

Apa lagi aku nak share? Hmm.. oh yeah, berat aku taknak turun gaiss. Sigh. Mungkin sebab aku tak exercise and jaga makan. Wahahahha siapalah suruh makanan tu sedap sangat.. I is stress. Dalam kepala aku, macam-macam nama, jenis makanan sekarang. Ya, sekarang. Tengoklah gambar-gambar dibawah ini.. 

  Brownies

 Ladoo - always and forever favourite

 Kek Pisang - always favourite

 Gyudon - Haa teringin

 Popia Sira by Busu. Ya ampun teringin jugakk ..

Coconut Shake - Bukan favourite tapi gigih cari masa pergi Melaka haritu.
Bubur Merah - forever favourite 
Nasi impit kuah kacang - haaa favourite jugak

Haaa semua lah nak favourite kau ni pejah. Tapi actually banyak lagi yang aku teringin. Salmon, cendol, sushi, bubur nasi.. eh semua lah makanan kat muka bumi ni. 

Pastu gemuk, berat naik, kau kecoh. Kau pahal pejah? 😒😒

February 21, 2019

to YOU ✌

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak berapa faham kenapa ada lagi manusia yang suka sangat sibuk hal orang lain walhal hal dia sendiri pun tak terjaga. Nak jugak jaga hal kain orang lain. Apa kain korang tak cukup lagi ke korang nak belek? Heh betul!

Yang suka sibuk hal kain orang tu, dah satu hal. Yang tak puas hati, yang iri hati, yang kirim-kirim "barang" tu, haaa lagi satu hal. 

Eh apa masalah korang weh?

Ya ampun, punyalah aku tak faham kenapa masih wujud manusia macam ni. Kau mesti extra gembira kan kalau iri hati dekat orang lain? Move on guys. Korang bukan dapat apa-apa pun kalau korang berperangai macam ni. Bertambah sakit hati adalah. 

Tak boleh ke kalau korang mendoakan yang baik-baik dekat orang lain? eh bolehkan?

So what's the point actually? Tell me people?!

Aku takdalah baik sangat tapi aku bersyukur sebab aku TAK dikelilingi dengan orang-orang yang macam ni. Uishhhh stress hidup aku kalau orang-orang keliling aku macam ni. 

and to you, aku tak kenal kau dan aku tak nak kenal kau pun. tapi tolonglah, tak payah doakan yang buruk-buruk pasal aku, pasal kiteorang or pasal sesiapa saja. tuhan tu kalau nak bayar, cash beb. takda pakai tol. so jaga mulut, jaga diri and jaga peribadi ✌

Happy Thursday korang!

February 8, 2019

Trip Melaka yang Pertama untuk 2019 !

Assalamualaikum.

Trip yang pertama ke Melaka untuk tahun 2019. Kenapa pertama? Korang pasti tau kalau korang adalah regular viewer aku. Kalau baru, eh silalah baca entri yang lepas-lepas ye. Hehehehhe.

So trip seterusnya bakal menyusul. Ura-ura tu aku dah dengar! HAHAHAHAHA

Anyway, untuk CNY kali ni, aku cuti seminggu weh. Lama bukan? Sekolah Zikri dengan Adik pun sama jugak. Seminggu cuti. Baba je start hari Selasa. Achik? Hey! jangan ditanya yang sorang tu. Dia tu bila nya cuti pun aku tak tau. Kerja je, kaya tak jugak 😑

Oklah, sampai je around 10 atau 11am, Selasa. Datang dua keluarga yakni family aku and busu tapi busu tak tidur lah. Family weolls je tido sampai Khamis. Lawatan pertama sejurus sampai ke Melaka, Negeri Bersejarah tu adalah Structure of A'Famosa. Selama aku datang Melaka, ini adalah first time aku naik bukit tu. Haaaa dengan cuaca panas, ku gagahi juaaa..



Sebelum daki ..


Akhirnya berjaya ...


 Lepas dah daki, terus check in hotel. Bebudak ni follow sebab nak swimming je. Lepas swimming semua laparrrr. Dorang mandi, aku busu ma dengan baba, kiteorang pergi Mydin. Beli segala jajan lah, nasi lah. Balik je hotel, semua kerumun laparrr. Heheheh. 
  

View dari bilik hotel. McDonalds betul-betul dekat dengan hotel. Jalan kaki pun boleh. Hari terakhir baru aku jejak McD sebab adik nak breakfast Happy Meal katanyaaa ..



Ni pulak view dari swimmiing pool. Jangan ditanya mana adik, dia ada je diantara dua pool tu. Nampak atau tak je HAHAHAHHA. Dia dah masuk pool, terus lupa diri. Dah lapar, baru reti keluar -.-


Breakfast hari kedua.


Hari kedua di Melaka. Mission adalah mencari baju batik. Hari ketiga baru tau yang kedai ma dengan baba aimed tu operation hour dia tak tentu. Agak-agak dia nak bukak jam 10am, yaa dia bukaklah. Kalau nak bukak jam 3pm, jam 3pm tu lah dia bukak. Haishh ma baba and orang-orang kat situ semua cakap baju dekat kedai tu cantik-cantik. Tapi tulah takda rezeki. Haa that's why trip seterusnya bakal menyusul 😜

Lepas dari tu, kiteorang pergi A'Famosa Outlet pulak. Habis membeli belah dekat situ, ya ampun ramainya ya rabbi, kiteorang balik hotel pulak. 



Petang tu terus ke Umbai untuk seafood yang vassvass ittewww 😊 


Nampak tak tu muka kekenyangan? Balik tu rasa macam nak berguling je ke kereta, Tak sanggup nak berjalan dah. Senak weh perut. Heheheheh makan tak ingat dunia. Siapa suruh? Lepas tu rasa menyesal, makan banyak sangat. eee perangai pejah sekarang =__=



dan lihat siapa ittewww?
YES! Farah and Afiyah in the hotel ! Dekat Melaka jugaklah jumpa kan? HAHAHA. Last jumpa Farah bila entah lupa. Masa tunang haritu dia tak datang sebab baru seminggu bersalin. Fiya pun dah besar .. 😘

Maka berakhirlah percutian tahunan ke Melaka pada kali ini. Jangan risau, seperti mana yang telah diuar-uarkan pada awal entri, trip ke Melaka akan menyusul lagi. MUAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA yang itu aku tak pastilah aku ikut ke tak 😄

February 5, 2019

Live Update from Malacca !


Kusut.

Assalamualaikum.

03:35 am and I couldn't sleep. sigh. Macam-macam dalam kepala, I guess? 
Kejap ok, kejap terlelap, kejap menangis..

eh dah kenapa? time is not coming yet. whyyy? AKU PUN TAK TAU. Aku cuma rasa aku ada benda yang berlegar dalam kepala sekarang and how I wish I have someone yang aware dengan kekusutan ni. haishh inilah benda paling aku tak suka. Sebab once aku kusut, timing tidur aku memang lari teruk punya. Tengoklah, almost 04:00 am, aku masih segar lagi.

Aku stress kot tapi tak tau pasal apa. Jap, mungkin aku tau tapi entahlah, adakah sebab itu aku jadi macam ni atau pun sebab lain? haaa see, aku memang tak tau. 

Hmm, aku nak kena tidur jugak kalau tak esok dalam kereta aku mesti menguap non stop walaupun bukan aku yang drive. me don't like. 

By 05:00 or 06:00 am, aku dah kena bangun. Semoga aku boleh tidur dengan aman.

Good night?!

January 27, 2019

Ahad!

Assalamualaikum.

Empat hari lagi sebelum masuk bulan baru. Bulan yang paling banyak cuti I guess? CNY je, company aku cuti 2-10 Feb. Korang cuba cakap apa aku nak buat cuti lama-lama tu? Oklah, walaupun dah ada plan, but I rather masuk office lagilah. HAHAHHAA. Aku kan acah-acah macam busy gilaaaa 😏

So Ahad aku sangat produktif ye. Pagi dah teman ma dengan baba pergi pasar Pudu. It's been a while. Selalunya ma baba pergi berdua and then lepak ngeteh kat mamak Jalan Tar. Produktif bukan? Hehehe. Pastu ma masak bubur pisang nangka dengan tepung tu, alaaa aku tak tau nama dia. Tapi kalau ma masak bubur ni, selalunya aku amik tepung tu jelah. Dia macam sedap gila. Eh bukan macam but indeed sedap gilaaaa woii 😋

Lepastu .... aku cuba tidur. AKU.CUBA.TAPI.TAK.BOLEH.

Sekarang aku tengah nak siapkan artwork and pricelist #mamatannoying1. Aku dapat bayangkan ada lagi yang akan kuterima lepas selesai ni. #mamatannoying1 memang suka bagi kerja secara berperingkat. Ku redhaaa jebat! Aku plan, by Jumaat sebelum jam 12 tengahari, semua kerja settle. Aku nak cuti secara aman dan damai. Aku nak menikmati coconut shake and waterpark lepas tu. Hhehehe.

Tak sabar nak pergi waterpark !!! 💃




Aku actually suka gambar ni tapi aku tak puas hati kenapa muka aku blur ?!!! Why?!


Dah lah, aku nak sambung buat pricelist. 

eh jap! aku macam dah lama tak post gambar makanan-makanan yang awesome kan? Ada ok. Bukan takda gambar tu. Tapi aku malas nak transfer gambar-gambar tu. 😑

January 24, 2019

Setengah Hari ..

Assalamualaikum.

Pada suatu hari yang indah, dimana tiada adik-beradik lain yang ikut ma dan baba pergi pasar. Best jugak perasaan tu. HAHAHAHA. Yelah, selalunya satu team weh ikut. Rasa macam anak tunggal sangat 😎


Sementara tunggu cik Halim dengan cik Ina sampai, kiteorang lepak mamak dulu. Breakfast lagi. Jarang sebenarnya aku order roti bakar tapi entahlah tetiba tekak rasa nak makan roti bakar pastu bila dah habis, rasa tak kenyang tapi takut nak double tripple order lagi. Hahahhaa. Malu lahh. I kan acah-acah jaga badan padahal elok je melantak non stop 😀

Dan aku tak pasti hari apa. Eh ke petangnya tu (hari yang sama)? Ma buat cucur udang. Wow mantap ok. Aku bukan penggemar cucuk udang tapi yang ni aku tak boleh elak! Aku makan non stop. Sedap gilaaaa.



Lapar.

January 23, 2019

Family Day @ Jeram

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas, ma's side ada buat family day dekat Jeram. So kiteorang bertolak dari rumah jam 9 pagi dan sampai around hmm lupa! HAHAHAHHA tapi sampailah of course..

dan biasalah Pejah, makanan dan beliau memang susah nak dipisahkan WALAUPUN sebelum sampai dah makan dulu dekat rumah. HAHAHAHAA.


Dimulakan dengan mee rebus kesukaan si Pejah. Aku bukan penggemar mee rebus tapi mee rebus ni dikecualikan sebab ia sedap sangat! Aku tak sangka dapat makan lagi mee rebus makcik aku ni. Fuhh. Oh ya, abaikan taugeh yang selambak tu. Ehsan dari Busu yang tak gemar taugeh 😑


Brownies kesukaan si Pejah lagi. HAHAHAHAHHAHAA


Iman Najwa ft Pejah si kuat makan dan Kakna


Ok, adalah tidak adil kalau aku membiarkan perutku hanya diisi dengan mee rebus. Tak adil bukan? Ya aku tau. Maka dengan itu, marilah kita bangun dan ambil pinggan dan seterusnya meletakkan nasi serta kuah asam pedas dan tomato dan ayam goreng dan sayur goreng ke atas pinggan. Lepas tu semua macam bukan kau dah makan ke? 😒


KakNa yang susah nak bergambar 💃


Oh yeah, Achik dengan Adik tak follow sebab kerja and ada latihan bola. Oh Hi Iman!


Semakin galak pejah wefie sekarang 😊


📸 si Pejah


Sekian dari kasut baru. HAHAHAHAH 💋