November 27, 2018

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT


Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.

Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat. 

Selaran dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu 'memudahkan anda berzakat' terdapat beberapa saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:

1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang 

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my/

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
  1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
  2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
  3. Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.


Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 

3. PERBANKAN INTERNET

Dengan konsep semuanya di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.

4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 


Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri

5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna. 


PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP, pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 

Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

Percutian 20min.

Assalamualaikum.

Sebelum aku buat kerja lain, baiklah aku mengupdate satu dua post. Harini aku masuk office agak lambat ye disebabkan hujan yang melanda. Asal hujan, aku lambat. Asal lambat, sama ada dua perkara je. Hujan atau aku malas. HAHAHAHA. Tapi harini adalah sebab hujan. Nasib aku tak sambung tidur je tadi. 

Semalam aku balik awal. Migraine attack dengan perut aku sakit ya ampun, masalah betul. Tak tahan. Dengan aku kelaparannya, aku tertidur jugaklah sesampainya aku dekat rumah. Petang tu cari makanan lepas hantar ma dengan baba. Dapat bubur nasi yang sebijik macam busu buat. Sedap tapi sedap lagi busu buat lah opkosss! Uishh lama busu tak buat bubur santan ni.

Oh btw, Year End Sale FAME masih berjalan sehingga hujung tahun eh guys. Korang taknak ke try satu dua produk FAME? Mehlah beli dengan sis. Hahaha tetiba #sis terus 😜 


Aku sedang memakai Lip Cream FAME - Code Gossip 006
Tapi takda gambar lah nak up. I is maluuuuuu. HAHAHAHAHAHA

Haaa tetiba ada artwork baru. 

Tamatlah sudah "percutian' 20min seorang Pejah. Hahahahaa. Esok nak jumpa orang. Lama tak jumpa orang. Dah lah orang tu panggil aku kakak. So aku excited nak tengok muda sangatkah beliau sampai panggil aku kakak? HAHAHAHAHHA Kalau dia tua dari aku, aku panggil dia pakcik. Kisah?!

November 22, 2018

FAME YEAR END SALE !!

Assalamualaikum.

Ia kembali lagi gaisssssss ...


So kepada korang, jangan lupa dapatkan produk-produk FAME untuk kecantikkan maksimaaaaaaa sementara sale ni wehh !!

Macam biasa, korang boleh #pmsis dekat whatsapp , email , drop comment below atau apa-apa jelah. Sis sentiasa menanti order dari anda. Gittewwww.

November 20, 2018

#pmsis with order korang untuk FAME COSMETICS !!

Assalamualaikum.

Ok gais, gaji pun semakin hampir ni, dan aku pasti yang barang make up korang pun semakin berkurangan. Oklah kalau tak kurang jugak, at least lah mesti nak topup baru kan? Haaa perangai kita sama gaisss. Hhehehehe. So sebab aku kadang-kadang macam buat-buat bosan jugak, makanya aku dah berazam untuk membusykan diri aku dengan jual barangan dari brand fav aku, FAME COSMETICS. Gittewww.

And paling penting, korang yang baca ni kenalah support sis. Wahh sis ok. Aku kena biasakan diri dengan #pmsis #donesis #sabarsis HAHAHAHAH!


Lip Cream FAME - RM 29
bersaiz 6mg, tekstur yang ringan dekat bibir, tak mengeringkan dan tak buat bibir merekah, ada kandungan collagen utk merawat bibir dan kelebihan2 yang lain. 


Lip Cream FAME - RM 29
bersaiz 6mg, tekstur yang ringan dekat bibir, tak mengeringkan dan tak buat bibir merekah, ada kandungan collagen utk merawat bibir dan kelebihan2 yang lain. 


Limited Edition gaiss! Cepat beli !!


FAME Eyeliner - RM 29
FAME Mascara - RM 45
Waterproof, mesra wudhu, ringan di mata, all in one package πŸ’―


BB Cushion FAME - RM 55
BB Cushion code FAIR is in stock tau. So 3 code- FAIR, IVORY dan NATURAL available now. Untuk daily makeup tak perlu pakai foundation pun, guna Bb cushion as base utk medium coverage and takkan buatkan muka rasa melekit dan tahan sehingga 12 jam tanpa perlu touch up. Mengandungi SPF20 cukup utk melindungi kulit dari sinaran matahari ☀️ 

and gais, bukan ni sahaja ok. Ada banyakkkk lagi ! 



Eyeshadown FAME - RM 39


 Set FAME Raya - RM 75
Color lip matte dekat dalam Limited Edition Set ni cantik sangat tau. Satu color natural- Almond, satu lagi color bold- Scarlet yang superb cantik. Kalau mix dua2 code ni pun dapat color ke 3 yang gorgeous juga. πŸ’― 


Make Up Remover FAME - RM 49
Eye & Lip makeup remover mmg dirumus khas utk bahagian sensitif di muka, tidak akan memedihkan kulit and bersih dengan sekali sapuan. Water oil based ni bagi kelembapan yang cukup utk kulit juga 

Cermin FAME - RM 10


Jadi, kalau korang berminat untuk dapatkan mana-mana produk dari FAME ni, korang boleh directly contact aku either email, whatsapp, #pmsis atau whatsoever lah. Korang jugak boleh drop comment dekat bawah ni with your phone number (?) Jangan risau gais, aku pantas bab-bab text orang ni. HAHAHAHA.

Aku akan sentiasa menunggu kehadiran emails , whatsapp , comments dari korang :)


Ada apa dengan 22.11 ? stay tuned!

November 17, 2018

Perfect!

Assalamualaikum.

Perangai adik-beradik.


Susah sangat nak suruh ambilkan gambar yang purrrrrfek perfect. Menyampah aku tengok preview. Haa rasain gambar lebih kurang. HAHAHHAHA

11:44 pm, sesambil updating new article for Thread, sesambil tengok Maharajalawak Mega, sesambil fikir takda siapa nak masuk bilik cakap "tu ada makanan kat depan!" ..

Masalahnya takda. Semua tu hanya mimpi 😩

Dah lama takda "delivery" Subway dimalam hari, pastu simpan elok-elok, esok pagi baru makan. Fuhh sedap siot ! 

To you.

Dear You, 
I don't even want you, so please, GO!

November 16, 2018

16/11/2018

Assalamualaikum.

Just a quick blogpost sebelum jam bergerak ke 9am.

Semalam aku on leave due to the stunt yang aku dah buat pada petang Rabu. Power beb. Kalau sebelum ni aku buat stunt Bollywood, this time, aku buat gaya Superman pulak. Memang power. Nasib takda jiran tetangga nampak. Kalau tak, malu siot. HAHAHAH *gelak dalam hati*

Semoga semuanya cepat baik.

Dah, aku busy. Busy gila. Tak tipu.

Aku lapar. Lapar sangat. Tak tipu jugak.

Mission harini, nak readykan documents and artworks. Semoga menjadi. Sebab selalunya tak berapa nak jadi. AHAHAHAHA. Dah tangan sakit.

Bye.

November 13, 2018

Weng sanaaaa, Weng siniiii ...

Assalamualaikum.
Morning.

Aku masuk office harini dengan kepala agak sedikit weng sana, weng sini. HAHAHHA. Konon lawak padahal sendu habis kau pejah. Ok, memang kepala aku weng pun pagi ni. Berat. Rasa nak demam tapi tak demam pun. Batuk je lebih. Semua sebab aku makan tembikai sekeping kecik semalam. Kecik je pun tapi effect dia, boleh membawa padah! Pastu mengada taknak makan ubat. Aku tak mampu nak cari pun. Mengantuk gila. 

Demikianlah tadi pembuka bicara aku tentang kepala yang weng sana weng sini tu. Panjang bukan? Biasalah kalau tak merepek tu, bukan pejah. Dah biasa kan?

Everything so far berjalan dengan lancar. Kehidupan aku. Kerja. Makan apa tah lagi. HAHAHAHA. Aku ada makanan fav dah sekarang selain sushi tu. Walhal simple ya rabbi makanan dia tapi aku suka. Sangat suka. Thanks to FANS yang suggested lah 😍

Last month antara yang terbest dan tercabar lah bagi aku. Went to Zalora, jumpa kawan-kawan baru. Seronok walaupun aku ni pemalu orangnyaaπŸ‘‰πŸ‘ˆ Tapi aku berjaya buat few kawan. Thanks to Thread's Team for the opportunity. Tak tau bila lagi boleh jumpa the girls. 

Another a month to go sebelum kita masuk ke tahun baru. Wow! Kejap je dah nak habis tahun 2018. Pejam celik pejam celik, umur pun meningkat. Tapi aku tau aku sentiasa nampak 18. HAHAHAHA Biarlah aku nak puji diri sendiri walaupun sekarang asyik sakit sana, sakit sini. Ishhh menyampah betul πŸ˜“ 

Dah lewat, aku nak start buat kerja-kerja #mamatannoying1 ni. Sepatutnya semalam kena submit tapi apakan daya, tangan pejah cuma ada dua. Makanya tak sempat nak siapkan semua. So harini kita struggle sikit untuk kerja-kerja Annoying and the gang ni. 

πŸ’œ See you next month!