October 31, 2012

:')

Doakan yang terbaik untuk saya ya.
Bye.

October 22, 2012

Istanbul Aku Datang !

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak update apa-apa dekat blog. Sangat sibuk few days ni. Dengan container, dengan artwork yang makin lama makin banyak walhal hari-hari fikir 'yes 1 je lagi' padahal, yang lain dekat meja manager *sigh* tapi nak buat macamana kerja haruslah sabar. Hewhewhew

Makanya harini Isnin bersamaan dengan 6 Zulhijah atau tarikh moden 22 Oktober, aku ingat nak update pasal Hantu Kapchai tapi takpelah, takda benda yang best pun.

Hari-hari buat benda yang sama. Minggu lepas dekat office ada interviewed. Semua staff WAJIB kena interview tu. Iollss ni nervous sampai sakit perut jugaklah. Hahaha! Yelah, manalah tau dia tanya apa-apa yang iolls tak boleh jawab ke? Kan dah payah.

Bila masuk bilik tu, dan mulakan perbualan, well interviewed tu takdalah teruk mana pun. Cuma dorang tanya perkembangan kerja. Bigbos dah hired dorang so dorang kenalah interviewed kiteorang. Tak best pun :)

Post aku yang ranting paling tinggi sekarang ialah review pasal tele Aku, Dia & Tong Sampah tu. Dasyat jugak sebenarnya penangan cerita ni. Rasanya dah sebulan cerita ni ditayangkan tapi kalau tengok dekat Twitter, ada je orang update pasal tele ni.

sebelum tu, Happy Birthday to exschoolmate, Zaid Yazid (22Oct) dan Happy Belated Birthday to exschoolmate Sabrina Hamed (21Oct). Semoga kalian berdua dipanjangkan umur, dirahmati olehNYA dan sentiasa bahagia dengan apa yang sedang kalian lakukan. Insyaallah :)

Baik aku tamatkan je sesi merepek untuk entri ni sebab aku dah rasa bosan. Huahuahua! Takda idea tapi nak update jugak gara-gara dah seminggu lebih aku tak ngedate eh update :D

Eh guess what, filem Istambul Aku Datang just around the corner. Harap ada masa untuk tengok cerita ni.
 


So korang dah tau kenapa aku nak tengok filem ni kan?
^___^ '


Oh ya, agak-agak korang takda masa nak duduk lama depan pc tapi nak jugak baca perkembangan gadis yang bajet glamer ni tanpa sebarang gangguan, korang boleh folow blog aku dengan klik sini . Terima kasih ya kerana sudi folow ♥

October 9, 2012

Hanis Zalikha's Birthday !



Happy 22nd Birthday to Hanis Zalikha !  



Enjoy ur birthday :)

October 4, 2012

Aku, Dia Dan Tong Sampah


Korang semalam tengok tak tele Aku Dia dan Tong Sampah ? Kalau tak tengok, korang sangatlah rugi. Bukan saja sinematografi dia menarik tapi pelakon dia, ada Beto Kusyairi dengan Siti Saleha uolls.

Sinopsis Telemovie Aku, Dia Dan Tong Sampah

Telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Cuma apa yang rasa macam terkilan sikit sebab terlalu banyak iklan. Cerita ni hasil karya Nadia Khan. Alaa penulis novel Kelabu tu.

Agak-agak korang terlepas cerita ni semalam, boleh tengok dekat Tonton baik en, siap bagi link lagi. Hahha!

Walaupun production ni selalu buat teater dan dengar khabarnya ni 1st time buat tele tapi bagi aku, mereka semua dah berjaya buat 1 tele yang cukup menarik sebab harini, kalau bukak dekat Twitter, semua orang masih cerita pasal Aku Dia dan Tong Sampah. 

So dah kira tahap filem lah kan sebabnya filem je orang akan bercakap lama. kan kan kan? 

Tahniah dari Faizahazmi kepada team Aku Dia dan Tong Sampah!

Kesimpulannya hargai pasangan kita dan terima mereka seadanya :)

Rate : 5/5 Tahniah
 
Nak cari bf macam Amir lah. Sangat supportive !