March 30, 2012

The taste of Faizahazmi

Makanan dengan manusia. Okay manusia tak boleh hidup tanpa makanan. Dekat Malaysia ni, macam-macam makanan ada, korang cakap je korang nak makan apa, semua ada. Dari makanan kampung ke ke makanan ala barat. Dari cikedis yang ada jual dekat kedai Cik Din tu sampai lah speggeti dekat kedai yang taknak kongsi rahsia tu. Kira di Malaysia, macam-macam makanan ada. Lailailaii .....

Si Faizahazmi ni sebenarnya adalah pencinta makanan. Kalau makanan tu sedap tahap boleh jilat ibu jari tangan ni, memang meluap-luaplah seleranya tapi kalau makanan ala-ala biskut kering, memang tolak tepi. Bubur kacang hijau, lagi-lagi kalau ada durian BUKAN pilihan i, uollsss. Tak minat ah!

Hahaha, maka adakah aku ni pencinta makanan yang tegar? Lantak ah.

Dalam keluarga, semua suka makan. Hahaha! Pantang ada majlis dekat rumah, makanan tu menjadi keutamaan. (kalau takde makanan,orang taknak datang ;] ) macam-macam makanan ada. Oh suka.

Duduk Malaysia best (okay bajet kau dulu duduk oversea -___-) hehehe. Boleh pekena nasi lemak plus roti canai banjir dengan teh o’ ais. Fuhh! Sarapan yang KOLESTROL ! hahahaa.

Ma balik dari Terengganu, nak request suruh ma buat kuih jala lah. Pastu cicah dengan kari daging or ayam. Perghhh marvelossss weh, hadap pulak duapuluhtiga keping, best! (okay itu kebulur namanya) -__-‘

Tengok , ini separuh je. Motif tunjuk gambar? saja nak bagi uolllsss LAPAR ! Hehehe!


ni masa 2 tahun lepas kot ? lupa dah.

ni sedap


ni fav :)

kerepek yang dah hancur -___-"

Jeruk ....


habis semua jenia kacang i letak, uoollssss !




masa birthday adik.

berbuka puasa with exschoolmates !


Menikmati cendol bersama FarahSidek, siFizoOmar dan siKemal.


so hangpa mesti dah lapar kan? haa pi la makan sana!

bye.


March 29, 2012

Itu saya :)





Waktu senggang di ofis =______='
Selamatkan saya? hahhaa!

Mommyyy


Mood : nak pinjam bahu.

Miss ibu like MUCH !

Nak makan aiskrim kek keladi.


*nak peluk ibu*


Kbai.

*menangis*puas-puas*sampai mata bengkak*

Ty.


Happy Belated Ibu ...

Kusut

Jangan kabutkan hidup aku boleh?

Buat dengan tenang dah lah.

Ish pelik betullahh.

Nak rushing pahal?

Kang kalau semua duk kalut, satu benda pun tak jadi.

So jangan kusutkan otak aku yang dah memang serabot ni.

Blah ah.

Patut aku yang kalut sebab kalau ada salah, aku yang dipersalahkan tapi ni dah terbalik.

Ni buat pun terhegeh-hegeh, lagi nak tambah bagai-bagai.

Grrrr !


ok ni post untuk minggu lepas. so nampak sangat lah dah bersarang kan? like aku kisah!

Miss Idol

Apa perasaan korang if orang yang korang kagum, replied one of korang punya tweet or texted od whatever la kann. Ha apa perasaan korang? Im sure korang akan excited plus happy tahap gaban punya. Kalau boleh nak bagitau Buletin Utama, Gala TV and semua berita dekat dunia ni. Kankankan?

So yes, Sabtu lepas bila Miss Idol naik timeline mengatakan nak cari hubby yang pandai mengurut, terus timeline penuh dengan jejaka-jejaka yang mengaku pandai mengurut semua. Terus aku tweet Miss Idol dan lepas 4 minit, okay g

et ready untuk tengok ada replied tak..

Jengjengjeng ..

Get ready eh..


....

Its Hanis Zalikha wehh ! she’s replied !!


Aku tetiba bertukar jadi beruk yang terlepas dari hutan. Excited punya pasal bila Kak Hanis replied. Rasa nak beli burger banyak-banyak dan kongsi dengan Kak Hanis :) hahaa! Stall burger tutup time ni.tengahari pehh.

Walaupun dia ckp “kahKahkah!” tapi macam bermakna ah. Ada gak manusia macam aku en? Susah nak tengok dia replied, once dia dah replied, aku terus PS dan post dekat wall fb. Hahaha! Kalau Kak Hanis baca post ni mesti dia herankan? Hahaa

Mesti dia cakap macam ni “ budak ni pelik -.- ”

Eh Kak Hanis, Faizahazmi teringin nak jumpa akak :) Nanti kita boleh berkelah makan Dove sama-sama :D weeeeeeee sama fav weh, baru perasan.

Kbai.


: cerita berzaman punya. dah berhabuk dlm draft tu

March 27, 2012

Business.

Assalammualaikum Bloggies. Sorrylah sebab lama tak update blog yang hampir-hampir nak ada semak ni. Beeezzzzyyyy gilerr ! ni pun ada post-post yang tak sempat nak post lagi, penuh draft je =__=

Harini ada masa, terus bukak blog khas untuk update. Serious kau menggelabah weh! Korang mesti baca tajuk atas tu kan? Yes business. Im helping my family’s business every weekends. Sebab tu lah sangat sangat sangat beeeezyyyy !

Isnin sampai Sabtu dekat office, balik Office terus gerak Langat tolong ma pulak. Amik kau, takde masa untuk diri sendiri ni.

Actually dari dulu ma dah jual all those things macam tudung, baju muslimah, kain ela semua ni. Selalu ma jual hand by hand dengan kawan-kawan dia tapi sekarang nak tukar mood pulak. Memandangkan busu bukak booth Etiqa dekat situbooth ke?ah lantaklahh. So kiteorang eh salah-salah, ma pun join adventure dengan busu. Busu bukak hari-hari tapi ma bukak weekends je. Takde sapa nak jaga memandangkan semua beezyyyy, yes kami semua pekerja cemerlang :) hahah tetiba melalut.

Sebelum saya mengakhiri hujah saya, saya mencadangkan anda semua, ya ANDA SEMUA jemputlah datang ke booth saya yang buruk lagi HODOH tu untuk membeli belah ye. Hehee. Oh nanti bila I ada upload dekat fb, i bilang uolllsssss okay?

Terima kasih kepada adik Sepet saya kerana teman saya semalam. Oh nama dia Solleh, ada sesiapa nak kenal dengan dia, bilang dekat i okay? Picture? Soooooonnnn ! (mati aku kalau budak ni baca) hahaha.


March 10, 2012

Family Gathering















Birthday Girl - Ain Najihah













Had a great time last night.
Vanue : Sea Lion Restaurant, Port Klang, Selangor

anw Happy Birthday Ain !

March 9, 2012

Mimpi.


Betul ke mimpi tu mainan tidur? Tapi setiap apa yang kita mimpi, kadang-kadang menjadi realiti. Im sure mimpi uolls pernah jadi kenyataan kan?

Dah dua hari mimpi yang bukan-bukan. Semalam mimpi jumpa orang yang dah lama tak jumpa. Malam tadi jumpa ORANG BARU.

Jalan cerita dia, his save my life. Then jadi kawan.. kawan... kawan... rapat. His caring and very polite guy :) sangat sweet tapi dalam mimpi tu semua orang panggil dia Bob.

Bangun pagi tadi, terus terfikir. Who’s that guy? Lepas tu, try tidur balik. Konon-konon dapat mimpi dia balik tapi yang adooooo ...

Kesimpulannya, dia antara lelaki yang terbaik that I’ve ever met.

Will find you, Bob.

Puih! Hahahaa.

March 8, 2012

Quote.


Buat quote guna tajuk-tajuk lagu yang femes dan meletops ni. So apa yang terucap dalam quote tu HANYA QUOTE semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. PEACE YO!

Antara lirik terbaik yang ada dalam lagu-lagu meletop ni adalah :

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan

Membuatku rasa kosong, kosong

: Kosong – Najwa Latif

Aku akan selalu menjaga dan mencintaimu

Aku janji padamu

Takkan menduakan mu

: Janji – Akim

Kerna aku mencintaimu

Dan hatiku hanya untukmu

Tak akan menyerah dan takkan berhenti

Mencintaimu …

Ku berjuang dalam hidupku

Untuk selalu memilikimu

Seumur hidupku setulus hatiku

Hanya untukmu …

: Untuk Mencintaimu – Seventeen

Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone

: Talking To The Moon – Bruno Mars

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

: Perpisahan Ini – 1st Edition ft Aizat Amdan

Walau kau tiada disini ku tetap ingat semua pesanmu

Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku?

Aku terus menunggu hibanya kata cintamu ohoh..

: Patah Seribu – Shila Amzah

Aku mahu kau selalu denganku
Di manaku berada
Aku hanya milikmu

: Sumpah – Akim

Disini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin disini kitakan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa

: Memori Tercipta – Shila Amzah

Ini apa yang dirasa oleh Faizahazmi bila dengar lagu-lagu ni. Ada antara lagu-lagu buatkan air mata ni jatuh kedebushhh macam air hujan tapi takda sampai banjir eh. Heheehhe.

Actually ada lagi lagu-lagu yang femes dan best tapi ini antara yang terlintas macam litar pintas dekat otak ni. Yelah bila takde keje nak buat, mulalah cari benda merepek meraban untuk mengisi masa yang sangatlah senggang ni. Amik kau ayat editor wehh ..

Antara semua lagu ni, korang kena dengar lagu Perpisahan Ini. Lagu dia biasa je kalau mula-mula dengar tapi bila korang rasa korang ada dalam situasi lagu tu, Im sure uolls boleh tangkap leleh.syahdu! ni tiba-tiba nak jumpa and duet dengar dorang ni. Hehehe 1st Edition? Aizat Amdan?

Kbai.