Monday, October 19, 2020

[RESEPI] No Bake Cheesecake

Assalamualaikum.

Setelah berkurun lamanya, resepi makanan kembali lagi. Phewww setelah aku berjaya mengambil gambar selepas beberapa kali cuba untuk membuatnya. So far macam orang cakap yang pertama adalah yang paling terbaik dari segi rasa dan texture tapi aku tetap rasa setiap kali aku buat, SEMUA SEDAP! HAHAHAHAHAHA.

Thank you Khairulaming sebab share resepi ni masa bulan puasa haritu. Kalau ikut resepi Khairulaming ni dia buat semua separuh, which is aku dah buat dah masa mula-mula nak try. Aku ikut bulat-bulat resepi dia.

Oh by the way, resepi ni non bake ok. So sangat sesuai untuk orang macam aku yang hmm malas 😝

Tapi harini aku akan buat semua dah kuantiti yang banyak sebab aku tamak. So lets!

Bahan-bahan;


 Crust  

1 pack Biskut marie / Biskut Digestive

(korang boleh blend kasar untuk memudahkan kerja korang)

1 blok mentega - baru wangi (aku guna 1/2 blok sebab tu je tinggal)

Sejukkan selama 15-20mins


 Filling 

500g Cream cheese 

1/2 tin susu pekat

1 biji perahan lemon

1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara;

patah / blendkan biskut-biskut itu dan ikut tekak korang nak halus macamana. 


cairkan mentega dalam seminit dua. 

campurkan mentega ke dalam biskut yang telah korang patah / blend kan itu
biarkan ia sejuk selama 15 - 20mins


Lepas tu, korang masukkan cream cheese, susu pekat, esen vanila dan mix semua bahan sampai kembang.

masukkan perahan jus lemon dan bagi ia sekata.

Sejukkan dalam 2 jam atau lebih sebelum dihidang. 


Aku dah try, lagi lama disejukkan, lagi padu rasa dia. Haihh teringin pulakk ..



Untuk sukatan seperti diatas, boleh dapat 2 bekas panjang, dan 7 bekas bujur ni.

Selain letak serbuk biskut tadi as hiasan, korang jugak boleh letakkan apa sahaja jenis buah-buahan ikut tekak korang. Korang yang nak makan kot. HEHEHHE. 

Selamat Mencuba gais!

No comments:

Post a Comment