Friday, November 25, 2016

Komugi Brownie Peanutsu vs Komugi Brownie Chocoretto

Assalamualaikum.

Serious talk, Komugi dah boleh kot start bincang amik aku jadi duta dorang. Blog ni dah penuh dengan makanan dorang. HAHAHAHA. Eh siapa suruh jual benda sedap? Being me, benda sedap kenalah share. Tu pasal badan mengembang dengan begitu jayanya sekali sampai tak terkata lah cerita dia. 

Ok, now let's start.

Kali ni, aku nak uar-uarkan tentang kesedapan Brownie dari Komugi. Semua orang tau bahawasanya Pejah (ye aku letteww) adalah seorang penggemar coklat dan brownies. Jadi tak mungkinlah untuk dia (aku lettew) katakan TIDAK untuk rasa brownie ni.


Dipersilakan masuk mengadap .......





Brownie Peanutsu.

credit pic: Komugi website
Brownie Chocoretto



Wow! Packaging dia kemain sangat. Simple. Aku suka. Kalau jadikan hadiah pun ok ni. Simple je. Hmm aku peratikan packaging Komugi semua lawa pastu simple. Haa bukan ini yang aku mahu cerita kan. Bukan boleh makan pun kalau cerita pasal packaging ni.



Tengok dekat kotak pun dah tertera ada peanut kan? Jadi haruslah ada peanut tu. So bila makan tu, rasa dia mix. Ada rasa coklat, ada rasa peanut. Eh sedaplah weh!! Memandangkan panjang brownie ni adalah 9.5cm (baru check tadi), jadi korang boleh decide untuk potong atau ngap je sekali harung. Sebab pagi tadi makan beramai-ramai (eh padahal makan berdua je dengan adik) haruslah dipotong. 

Tet! Sedap weh. Cuma satu je. Ia sangat rapuh. Which is nak makan memang kena extra hati-hati. Kalau tak, haaa bertaburanlahh di atas lantai, baju, meja dan eh dimana-mana lah. Karang dah satu hal lagi nak kena sapu / lap. So make sure makan senonoh sikit ok? Tapi mungkin sebab aku potong nipis-nipis kot. Kalau potong dua, mungkin ok. Jadi makanlah sorang! Hehehhee

Benda sedap, kenalah up gambar banyak-banyak supaya korang TAK LUPA untuk beli.



Apa? Harga? Pegi check kat Komugi sana. Aku dapat free dari Achik. So dia bayar, jadi tak perlu kot aku tanya harga. Karang dia suruh bayar, habis aku. HAHHAHHA ya, aku seorang kakak yang cheapskate. Ampunkan patik ..

Dah baca, dah terliur kan?
Dah pergi beli sana !!


p/s: aku tak dibayar untuk promote ye. sebab aku suka makan, jadi aku share. harap maklum.

2 comments:

  1. Pejah Pejah! makan lagi..hahahaha...nampak sedap..mana sedap Komugi dengan Market-O punya? LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHHAHAHA pejah makan berpisah tiada!!! alaaa market-o tak pernah rasa. eh nanti bgtau fe berapa harga dia, nak simpan duit. hahhahaa. tp komugi pun sedap. eh pegilah beli, pastu bgtau fe mana sedap!

      Delete