Monday, February 23, 2015

Adik 6th Birthday !

*this is birthday shout out for my beloved ones*
 
Assalamualaikum.

Kejadian berlaku pada awal Januari lepas. Ye AWAL JANUARI. Birthday adik yang ke 6 tahun. Tarikh sebenar jatuh pada hari biasa, jadi tukar, buat masa weekends. Aku up cerita ni sebab aku tengah rehatkan mata aku dari tengok kertas-kertas artwork atas meje ni. Lepas tu, tengok dalam phone ada gambar, jadi, marilah up kan.

Selain Power Rangers, adik suka Minions jugak. Dan Avengers, Batman, dann salah satu karektor dalam Transformer. Lupa aku nama dia. So pagi tu, ke Tesco Extra Cheras dulu. Cari kek. Jumpalah ...

Minion Cake!
 

 
 
Lepas beli, terus balik Tekali. Celebrate dekat rumah Opah. Adalah adegan-adegan yang mendebarkan dan kelakar. Aku, eh tak, semua orang bantai gelak kau-kau punya. Opah rilek je tidur walaupun kiteorang buat bising sebab gelakkan drama adik. Hahha.



Gilalah. Busu memang pandai berlakon. Adik sampai menangis taknak pergi depan. Hahhaa! Aku pun dah lupa busu acah-acah marah sebab apa. Tapi adik takutlah. Menjurai-jurai air mata kawan. Hhahahah!  
Ni pun memula dia taknak. Sebab malu ke apa, aku tak sure. Tapi dia memang menangis betul-betul okay. Amik masa dia nak berhenti. Awak kelakar dek.




So Happy 6th Birthday my liltle brother yang kuat bebel, yang kuat tengok Ninja Warrior sekarang. Walaupun adik tak baca blog kakak ni, takpe, suatu hari nanti mesti awak baca punya (akak akan paksa!) hahaha!

Lepas tu, hantar Zikri balik asrama. Dia bawak balik setengah kek ni memandangkan takda sape nak makan kek ni. I is tak suka krim minyak, tapi makanlah tapi kurang. Hhehee.

Malam tu makan burger kukus. Sebab aku, adik penggemar burger kan. So ma kata 
malam ni kita makan burger!
Aku apa lagi, excited woii ! Hahaahha.



Bye.

Tuesday, February 17, 2015

CNY15



 

Korang!
Aku akan bercuti dari 
18 hingga 24hb Februari 2015

Jadi,
Aku nak rehat ! Hahahha rehat sangat ~

Selamat Tahun Baru !

Birthday Shout Out : Pina Musa

*this is birthday shout out for my beloved ones*

  

 Happy 24th Pina Musa

Monday, February 16, 2015

Sedapnyaaaaa~

Assalamualaikum.
 
Aku baru je tau insta ni. Dia memang post semua gambar makan. Abeh ingat aku tak terliur ke? Gila! Aku mengidam terus. Hahha! Terus rasa macam nak makan BigMc sekarang! Nasib Langat ni takda McD Delivery. Kalau ada, memang makin bulatlah aku. Hhahaha!
 
A photo posted by @love_food on

 
Ada rasa nak makan tak pizza ni? Aku? HARUSLAH ADA!! Ni boleh buat makan malam, ke sarapan ke makan malam balik ni. Hahhaa! Punyalah besar gila. Ni saiz apa agak-agak eh? 3xL mungkin? Hehhe. Budak tu mesti tengah fikir mampu ke makan semua ni? Habislah deria rasa aku! Hahahhaa.
 
A photo posted by @love_food on


As korang tau, aku adik beradik memang pencinta donut. Tapi aku kurang sikit donut yang fancy fancy macam ni. Ni confirm manis gila! So aku suka yang macam donut Tiramissu dekat BigApple tu. Sedap. Haaa lamanyaaa tak makan T_T

A photo posted by @love_food on


Gummi Candy. Fav aku sepanjang zaman. Kalau dekat office, E suka bagi aku ni. Dan aku pun ada je beli. Aku suka gummy bear dengan yang panjang masam-masam tu. Omg! Amboii saliva aku ni, kemain sangat bila aku cerita pasal gummy bear.

A photo posted by @love_food on

 
Dan dan yang terakhir. BigMC gaiiiissss ~~!! Fav aku sepanjang zaman!! Ya Allah, bila aku nak makan bigmc ni lagi. Last bila aku makan? Hmm last month ke December ke November entah. Haaa lamanyaaa~ Bila McD nak bukak kedai dekat Langat ?!
 
Semoga korang dapat tahan ayaq liur korang tu heh!
Babai.

Friday, February 13, 2015

Nak jadi fashion designer lah lepas ni.

Assalamualaikum.

Dah Jumaat. Rajinnyaaaa aku update belog. Muahahhaa padahal ~~

Aku takdalah rajin sangat. Pemalas lagi adalah. Hahhaa. Ni datang mood rajin, lepas tu kerja tak berapa nak ada kan. Tu yang boleh rileks tu. Kerja tu ada tapi dah siap, so ....

Hari apa eh ... Masa Ahad 1 Februari tu, lepas hantar Busu balik, ma ajak pergi kedai RM2 dekat Impian Ehsan tu. Saja nak cuci mata. Last sekali boleh terserempak dengan sepupu ma. Jauh dia berjalan. 

Mai aii, ramai gila manusia dalam kedai tu. Berlanggar bahu lah cerita dia. Aku takdalah aim nak beli apa tapi bila nampak kotak benang-benang ni, aku macam 
OMG!! Nak beli yang mana ni? T__T
Jadi histeria jap. Hahaaha!
 


Dalam bekas tu ada macam-macam. Jadi lepas ni, kalau adik mintak tolong jahitkan kura-kura dia, aku semangatlah sikit. Hehhe. Lepas ni aku nak beli benang je, sebab haritu aku nampak dia ada jual benang je. Weh excited weh. EXCITED !

Thursday, February 12, 2015

[RESEPI] Grape Smoothie

Assalamualaikum.

Okay, kalau sebelum ni aku share cara nak buat lemang, kan? Kali ni lain sikit. Aku nak share cara nak baut smoothie pulak. Heheh. Kejadian ni dah lama berlaku. Last month kot? Masa aku cuti demam dua hari tu. Dah tak tau nak buat apa, aku apa lagi, ajak adik buat smoothie lah cite dia. So let's !


Antara bahan-bahan:

Ketulan ais (Ice cube) - depens korang nak letak berapa ketul. Aku pun agak-agak je ni.
Anggur (grape) - Sebab aku takda blueberries, dan ada anggur je, jadi anggur lah aku guna. Korang boleh je guna apa-apa buah. Depends on citarasa masing-masing
Gula - 2 atau 3 sudu dah cukup

 ☺☺ Sepatutnya ada susu tapi kat rumah aku jarang guna susu. So, NO Susu.

Cara-cara:
 


1. Haruslah ada blender ni dulu. 


2. Belah kepada 2 bahagian ye buah anggur ni dan buang biji dekat dalam tu. Tapi in case korang macam malas, nak sebiji-biji pun boleh. Takda hal. As long korang happy.


3.  Masukkan gula. 2 sudu dah cukup sebenarnya. (Kalau korang ada susu, korang boleh masukkan sekali masa ni)


4. Last sekali masukkan ketulan ais. (korang nak masukkan ais ni memula pun boleh. Terpulang)


5. Dan blend lah, nak tunggu apa lagu. Blend sampai dia hancur. Oh, jangan masukkan air ye. Sebab ada ice kan, so kang kalau letak ice, jadi jus pulek ~


6. Sedia untuk dihidangkan. 

Masa yang ditunggu-tunggu.


Sesi penilaian oleh adik. Wa debar masa ni. Hhaha!



Yeahh! Adik suka gila Grape Smoothies ni. Next time nak try yang guna apple
ke pisang ke susu pulaklah. Heheh. Mesti best. 

Selamat mencuba korang !


Thanks to #MamatAnnoying1 for these presents. Gila kau, aku selalu tengok blender ni dekat website. Saja cuci mata, end up dapat hadiah dari orang paling annoying. Hahhaa.

Dan ma, kakak guna buah anggur fav ma. Heheee~

Tuesday, February 10, 2015

Groom & Bride's Side #FuzaNapi

Assalamualaikum.

Okay, dah lama sangat ni buat korang tertunggu-tunggu. Since aku free menggila sekarang, meh aku update pasal both receptions untuk cousin aku haritu. Dah nak sebulan dorang menikah, aku baru nak update. Sorry. Kekangan masa yang amat dasyat sekali. Hahhaa! So lets!.

Haruslah sampai-sampai kena bergambar dulu. Hahah! So here, my parents (of course)
 

Bertiga jelah, Achik belum sampai masa ni. Adik tah mana-mana ikut cousins dia.

Hahahha! Belum apa-apa dah tamat dah majlis pihak perempuan. Tema adalah biru/purple macam tu. Entah, aku confuse sikit warna tema belah Fuza ni. Hhaha. Tapi managed lah pakai ikut tema. Kihkihkihh. Gambar banyak, tapi kat camera. Dan camera kat Pakndak. Malas aku nak tunggu. So kita letak je apa yang ada. 

My lovely cousins
Finally, tamat sudah majlis pihak perempuan.


Permintaan gila dari pengantin


Dengan gambar adik sebagai penutup majlis dipihak perempuan. Majlis semua berjalan dengan lancar. Hoii lauk tak cukup! Tapi nasib baik semua buat rilek buat peace so lauk tu tetap ada sampai ke penghujung majlis. Heheh. Siap ratah ayam goreng tu. Alhamdulillah. So lets move on to groom's side! 가자! ~~~ (means Let's gooooo ~~ )

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Hi! Majlis pihak lelaki atau majlis bertandang pada 1 Februari 2015.

So apa yang menarik? Okay nak bagitau korang siap-siap bahawasanya gambar tak banyak langsung dekat sini. Banyak dekat camera. Aku malas nak bergambar sebab Ya Allah panasnya Meru! Serious weh, macam nak terbakar kulit. Hahaha tapi takpe, kiteorang steady. Yang heavy make up jelah tak berapa nak steady. Kihkihkih. 

Taufufa dekat majlis orang kawin. Kau ado?!
  
Busu, Ain, Adeeb pun ada!



Dah besar budak ni ..~

Hahahhaha see! Dah tamat dah majlis pihak lelaki. Disebabkan panas, marilah kita melencong sekejap ke Pantai Remis. Hahaha tapi takdalah mandi apa pun. Just cari kerang tapi bukan musim kot, so kerang takda! Ikan banyaklah. So baliklah kita ke Kajang ~



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Dah jadi bini orang budak ni...