Thursday, September 26, 2013

Polis

Assalamualaikum.

Cuaca harini macam best jer. Sejuk dari pagi sampai sekarang ni ha. Tak tau lah aku sorang je ke rasa sejuk macam ni, itu tak pasti. Tapi apa yang pasti dalam office ni, walau cuaca panas terik macamana pun, dalam ni tetap maintain sejuk. Hhehe. Eh even blackout ke, tetap sejuk. Kau mampu? Hhahaha meja aku je sejuk je okay. Staff yang duduk depan pintu sana dah mula kipas-kipaskan diri akibat panas. Hehhe aku je rilex. Weee~

Pagi tadi memang ada kejadian paling kelakar yang selama ni aku selalu cakap dekat adik aku. Tapi dia tak pernah nak percaya. Selalu dia marah aku balik. Ha amik pagi tadi kena tahan dengan polis. Depan balai lagi okay! Gila sape kata aku tak cuak. Cuak weh! Tapi aku kontrol. Hhaha aku boleh gelakkan adik aku sebelum polis tu check IC/Lesen dia. hahaha!

Polis tu tak tahan semua orang. Dia tahan certain people je. So adik aku ni tergolong dalam certain people lah kan? Then polis tu tanya 'Hafiz ni duduk mana?' Aku jawab 'duduk Taman Sutera lah. Dalam ni kampung kiteorang'. Aku sebenarnya menyirap jugak bila polis tu tanya adik aku duduk mana. Bukan apa, kau takkan tak tau beza kad pengenalan Malaysian dengan PR? alahaii. Lepas tu, terus dia bagi kiteorang gerak. Aku atas motor dah bantai gelakkan adik aku. Benda macam kelakar. Sampai aku mintak izin dia nak publish kat blog. Hhahaa!

Nasiblah kau chik dapat kakak mengong macam ni. Wakakaka! Balik kang nak sambung gelakkan dia. Hhahaa! Mesti dia maki aku. Aku dah boleh agak dia akan maki aku on the way nak balik nanti. Hahaha. Sampai sekarang aku teringat-ingat kejadian pagi tadi. Ni ma dengan baba tak tau lagi aku rasa. Bayangkanlah dorang tau .... hhahaha!

Wednesday, September 25, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week2)

 * Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *


Untuk minggu kedua, Aisyah bawa lagu Iris by Awie. Rata-rata semua orang suka kecuali RA. Sampai semua orang bash RA tanya kenapa bila Aisyah, mesti dia bangkang? Hahha. Takpelah, nasihat tu penting. So Aisyah buat lebih bagus okay?


Memang meremang bulu roma masa Aisyah perform lagu ni. Hmm aku pernahlah dengar dia perform sebelum ni tapi takdalah sampai tegak bulu roma. Kira inilah pertama kali aku macam suka tengok dia perform. Hahha. Yelah, dulu masa aku jumpa dia, dia memalu lagi. 
 

So jyah, untuk minggu ketiga yakni konsert Sabtu ni, Aisyah telah diberi tugasan untuk perform lagu Tunggu Sekejap by P. Ramlee. Mengharapkan kelainan dari Aisyah untuk lagu ni. Yelah, kalau Aisyah dapat perform dengan baik lagu ni, tak mustahil dia dapat pujian pulak dari Roslan Aziz untuk minggu ketiga, ye dak? 

Mungkin Aisyah tak dapat perform dengan baik sebab family tak datang tengok? Yelah, orang kata, samangat lain kalau ada family. Umi Fiza kata maybe minggu ni dia datang KL untuk support Aisyah. So mesti semangat tu lain sikit. Heheh. Good Luck, Aisyaah!!


Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah 

.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam
 
: Credit to Astro Gempak for photo/video

Tuesday, September 24, 2013

#4 Bebelan

Assalamualaikum.

Okay harini dengan semalam agak swing sikit. Tak tau lah kenapa. Mungkin stress bebenor. Nak buat macamano, kerja banyak, tidur macam tak tidur, jadi lah gitu. Dengan semalam balik lambat setengah jam sebab tunggu bos buat double check tapi boss meeting T___________T Jadi orang lain yang check. Kalau tunggu bos jugak, mau pukul 8 malam pun aku tak balik lagi. Sedih.

Balik je, mandi dan buat kerja rumah sikit, terus masuk bilik, tidur. Okay hanya itu yang aku perlu lepas semua orang suruh aku tidur. Terasa nak menangis semalam sebab stress melampau tapi aku kan macho, mana boleh menangis *puihhlah reramai* heheh. So tau-tau dah pukul 5pagi. Takpe aku bukak mata jugak masa ni, tengok phone buat muka terkejut. Banyak sangat notifications! Terus replied email, twitter, wechat, whatsapp, bbm semua bagai lah. Then sambung tidur untuk setengah jam lagi. Tapi masa ni dah tidur-tidur ayam dah sebab once aku dah terjaga, untuk aku tidur lena balik memang payah. 

Ha itu baru cerita semalam dan campur sikit pagi tadi punya cerita. Belum harini punya cerita. Tak tau nak bagi mood apa untuk cerita harini. Rasa panas je. Hahhaha cuaca lately panas kemain oi *lap peluh*

So harini hantar PurWhi kat kedai. Check tayar semua. Haaaaa tayar kena toreh ke amenda ntah. Terkejut kejap sebab tak pernah berdepan dengan situasi macam ni. Bila budak tu cakap pasal tayar pun, aku macam 'err cakap dengan kakak tu' aku refer kat KakNana. Hahhaa sebab aku memang bebal benda-benda macam ni. Cehh kengkonon berhajat nak pakai versys tapi apa pun tak tau. Lallalaaa takpelah, lain kali aku belajar lah. 

Okay aku nak sambung buat artworks balik sambil fikir bila nak amik exam. Apa pun tak baca lagi. Penat. Kesian otak dengan badan aku. Dengan berat badan semakin mengembang dengan sangat berjaya ni. Aku tengah hati panas! Rasa takda kembang memana pun tapi Farah dah tegur, maksu pun dah tegur. KakP je kata badan I tak nampak gemuk. Wakakakaka! Pandai amik hati iolls tau. Hhehehe.

Eh terngomel lebih pulak. Hmm kbai.

Thursday, September 19, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week1)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

 

Minggu lepas sempatlah tengok ulangan part Aisyah sebab Sabtu malam tu ada majlis resepsi Kak Ayu. Tapi dapatlah updatekan diri pasal AF ni via Twitter. Sekarang dah mudah. Kalau tak dapat tengok dekat tv, boleh tengok via Youtube takpun Astro On The Go. Eh bolehkan? Tak sure sebab tak pernah cuba lagi. hehe.

So far, tengok Syaa perform okay. No bad. Tapi lagi suka dia nyanyi lagu Hurt. Hahhaa mungkin dah terbiasa since aku sekolah menengah dah dengar dia nyanyi. Masih berharap yang Syaa nyanyi Hurt dalam konsert. Mudah-mudahan :)

So minggu kedua, Syaa akan perform lagu Iris oleh Awie. Harap Syaa dapat buat yang lebih bagus dan tunjuk pada RA yang Syaa bukan masuk AF sebab rupa tapi sebab ada bakat yang perlu ditunjukkan kepada masyarakat.

So good luck girl !

 
Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah 


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

Satu hari di Putrajaya

Assalamualaikum.

Auuuuucaakkkkkk !
 

Pagi-pagi dah gomol budak kecik ni. Rasa nak cubit-cubit je, pipi dia uishh tembam sangat ! Ni memang gambar fresh ala-ala baru keluar oven tau. Pagi tadi punya gambar sebelum Adeeb keluar. Adeeb ni suka benau keluar naik motor ke kereta ke apa lah. Walaupun dah empat bulan umurnya tapi dia dah faham apa yang kita cakap. 

Macam opah cakap semalam, busu (Ibu Adeeb) kata kalau nak ikut amik kakak dekat sekolah, Adeeb kena tidur. There you go, Adeeb tidur okay! Then masa busu nak amik Ain, Adeeb terjaga merengek sebab nak ikut. Hahahha pandai budak kecik ni. 

Nama glamer dia Adeeb Marcello. Tak tau kenapa ada Marcello dekat belakang. Ma yang panggil macam tu, sekarang semua ikut panggil Adeeb Marcello! Kalau nama tu lekat sampai besar, orang mesti ingat tu nama dia walhal nama betul dia Adeeb Ismail. Herherherr.

Ha ni Sabtu lepas punya cerita. Ye lama lah jugak. Dah nak masuk Sabtu untuk minggu ni pun. Heheh takpe korang dah biasakan dengan cerita lambat dari aku en? So terimalah aku dengan seadanya. Cewahhh . pffttt!

Okay Sabtu lepas aku pergi tengok Backyard Monster & Dinosours dekat Pusat Marine, Putrajaya. Best lah buat gelak-gelak sendiri. Hhehe. Anw gambar memang takda dekat aku, once gambar ada, baru aku update sini eh?

La ni aku nak cerita malamnya. Attending Kak Ayu's reception dekat Taman Botani, Putrajaya. Maka satu hari Sabtu tu memang aku dekat Putrajaya. Takdalah dari pagi sampai malam. Aku balik rumah jugak, tengok tv then malam baru datang balik.

Meriah oi! Macam-macam seleksi makanan ada. Ada lauk untuk makan dengan nasi minyak dan ada untuk makan dengan nasi biasa jugak. Banyak pilihan! Ni pun gambar ada kat tab/camera ma. Kat fb, ma dah upload. Tapi biasalah, aku kan bangsa pemalas nak download so nanti jelah aku up satu entri gambar je. heehheh.
 

Dapat biskut oat ni masa pergi resepsi Kak Ayu. La ni tinggal satu dalam laci. Perghh kenyang makan ni. Padahal dah set dekat otak yang aku nak diet tapi end up, diet ntah mana, makanan jugak aku cari. Booooo reramai dekat aku T_____T

okbai.

Tuesday, September 10, 2013

Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum.

Pagi Sabtu lepas, aku ada up satu entri mengatakan yang aku bosan sebab duduk rumah dan berkemungkinan akan keluar pada sebelah petangnya kan? Ishh, jangan manja sangat boleh tak? Cer scroll ke bawah, mesti jumpa. Herherherr.

Maka pada petang itu, bergeraklah kita ke Alamanda untuk cuci mata sambil tunggu busu and the family. Then busu kata nak naik cruise, jadi haruslah call besprengg kan? Tanya harga dan buat reservation semua, jadi tak sampai setengah jam dekat Alam, terus gerak pegi Cruise pulak. Sebab nak kejar pukul 6 petang punya pasal. Dah lah mendung, hujan bakal turun bila-bila masa je masa tu.

Berlari berkejaran lah memasing kan. Yang si Farah, dah whatsapp tanya dekat mana sebab cruise nak gerak. Jangan risau, kami on time (kadang-kadang) hahaha! Dah bayar semua, jadi moh ler kita merentasi tasik di Putrajaya tu. Fyi, ini kali kedua aku naik tapi berlainan cruise. Cruise yang ada makanan je belum naik lagi ...




Kali kedua.
 

Meghiahhh!
 



Trip cruise kali ni, Achik dengan Baba tak join. Achik tak balik rumah dan baba kerja.
 


Cousin dari Kedah baru sampai pagi Sabtu. 
Abang dia taknak folow, so duduk rumah sorang-sorang.





Info.

Cruise Tasik Putrajaya (CTP)

 

.: Operating Hours :.

Monday - Thursday
10.00am-6.00pm
---------------------------
Friday - Saturday
10.00am-8.00pm
---------------------------
Sunday
10.00am-7.00pm
---------------------------
Email: sales@cruisetasikputrajaya.com
Facebook: cruisetasikputrajaya
Phone: (603) 8888 5539
Fax: (603) 8888 3769

Harga tiket untuk korang ushar.







Monday, September 9, 2013

Aisyah Aziz #AF2013


Aisyah Aziz, 19, Singapura

Aisyah menjadi pilihan aku untuk up di belog sempena AF2013 ni.
Jangan lupa AFUNDI AISYAH ye anda, anda dan anda semua!


Akan update tentang Aisyah Aziz atau Syaa atau Esah dari semasa ke semasa :)

Remember, 

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777


anw Tahniah kepada 12 orang pelajar AF2013 !


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

Saturday, September 7, 2013

Assalammualaikum.

Harini hari Sabtu. Hari cuti bagi aku. Saja je nak bagitau harini Sabtu sebab takut korang terkejut bila baca belog ni. Ye aku update belog hari Sabtu. Kenapa? Kenapa? Okay aku tak tau nak buat apa since ma dengan baba kerja harini. Meeting and stuff.
So aku dekat rumah chill dengan lil bros. Ohh cousins dari Kedah baru mai pagi tadi. Terkejut masa bangun pagi tadi. So kita lepak tengok tv dulu sebelum keluar petang-petang nanti. Err keluar atau tak, I'm not sure about that. Heheh.

Oh ye, baru lepas tengok telemovie Mama Mama Mia. Rasanya tele ni dah banyak kali ulang dekat Ria. Sampai sekarang, I love the way Lisa Surihani jaga mia. I mean baby Mia :) Memang ada ciri-ciri seorang ibu. Nanti kalau Lisa ada baby, mesti comel dan cantik macam dia jugakkan? Yelahh Lisa kan cantik :)

Well my favourite blogger/host/actress pun ada dalam tele tu, you guys should know who! Ya yaa 10markah untuk anda, anda, anda semua! Hanis Zalikha pun ada dalam tu :') Buat masa ni hanya filem Gangster Celop je tak sempat nak tengok lagi. Takda masa -_-'

Okaylah, sebenarnya belog ni pun sebab nak isi masa yang terlebih banyak ni. Hahah! Terlebihlah sangat.

Bye.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 6, 2013

Geli ketawa suka dia

Assalamualaikum

Alkisahnya malam tadi pergi Mydin USJ untuk dinner dengan ma nak beli barang sikit. Dinner dekat food court situ. Okay korang kena try satu menu simple ni. Nasi + Ikan kembong/ayam berempah/ikan bawal goreng + ulam-ulam + sambal kicap/belacan , baru RM7.90 . Set lengkaplah kiranya. Oh tanpa air ye. Hehhe. Memang marvelos aku cakap kau! Sambal belacan dia pedas gilaa. Sampai sekaranglah berair hidung aku. Hhahah itu tipu.

Sambil-sambil ma dengan baba beli barang, aku teman si budak gedik tak sihat ni. Nak cari lah mesin mainan tu, lupa dah tukar kat bawah. So sebab malas nak turun, ternampak mesin urut kesukaan baba ni merata kat 1st floor ni. Moh lerr kita duduk sekejap.

Memandangkan adik tak berapa nak sihat, sajalah bagi dia rasa urut sikit. Manalah tau tetiba okay pulak kan? We never know?! pffftt! 2x  main dengan mesin ni. Nampak adik gelak-gelak dah lepas tu.






Sempatlah jugak keek. Sebab kelakar tengok adik gelak sebab geli. Hahaha.


Sep 6, 2013 | Geli ke? Hahha by Faizahazmi on Keek.com

Thursday, September 5, 2013

Kisah aku dan Cik Noura

Assalamualaikum.

Sejuk giloss pagi ni. Hmm sebenarnya hari-hari pun sejuk tapi harini sejuk campur dengan hujan lebat lagi. Pagi-pagi keluar rumah dah nampak langit gelap gilaa. Takut kiteww. Hahah konon-konon manja. Hahhaa. Sampai rumah Opah, hujan jugak, tunggu berhenti baru gerak office. Masuk office, sambung hujan lagi.

Semenjak Teyka dah tak kerja, takda sape nak teman aku borak via skype lagi. Sangat bosan sebab kat office aku tak borak sangat. Bukan malu ye, jangan salah sangka tapi kedudukan kiteorang macam jauh-jauh jugak. Lepas tu, sebelah kiri aku tempat abangJoe, dia mana ada kat office, dia akan ada waktu pagi dengan waktu balik je. Best ooii kerja officeboy ni. Merayau je. Hhehe. Pastu sebelah kanan, yakni belakang aku jugak mana ada orang. Hmm ada sebenarnya tapi macam takda.

Aku sunyi. Korang faham kan? T____T

Sekarang ni yang amik alih tempat Teyka (ambil alih kononnya. Hahha) ialah kawan gedik masa kat kolej yang aku cakap macam magnet ni iaitu Cik Noura ! Hahahha. Dia lah yang melayan aku punya bosan sekarang dekat skype. Hehhehe mekasih awak.

Sampailah pagi ni, kiteorang macam terkenang zaman-zaman belajar dulu. Sumpah aku cakap korang, zaman belajar adalah zaman terbaik selepas zaman kanak-kanak. Hahhaa! Mungkin tak sehebat korang tapi aku rasa dah cukup hebat dah zaman belajar aku. Lallalalalaaaa .

Aku kenal Nora ni masa sem 1 lagi. Kami satu rumah/ kelas/ kos , ha apa lagi? Itu jelah kot. Bilik lain-lain. Hehhee. Masa register rumah, mati-mati aku ingat adik dia Mia yang belajar sebab Mia tu yang beria tanya itu ini pasal rumah, sekali kakak dia yakni Nora yang belajar. Hhahaa. Malam tu terus buat sesi suai kenal. Oh masa tulah baru tau kiteorang 1 kos. Masa ni belum dapat kelas apa lagi.

Pergo orentasi pun sama-sama. Pastu masa lecturer bahagikan kelas, rasa gembira sangat sebab kiteorang 1 kelas. Yelah, at least kalau ada kerja drawing atau apa-apa yang melibat kami berdua senang. Tak payah gigih nak pergi rumah sorang lagi. Kalau satu rumah, kan senang :)

Masa sem2 pun, kiteorang masih 1 kelas. Fyi aku dengan Nora pernah repeat subjek Drawing masa sem2. Sebab? Aku nye laptop virus, takda copy. So memang tak sempat kalau aku nak hantar pun. Laptop tak boleh guna sehari sebelum video kena hantar. Apa nak buat, terima jelah T___T Memang memasing struggle menggilalah kan. Yelah taknak repeat lagi.

Sem3 memasing buat haluan sendiri. Hahahha haluan sangat. Memasing pergi setelkan praktikal dengan cemerlang sebab nak grad sama-sama dengan kawan-kawan satu batch dengan kiteorang. Malulah kalau tak grad sama-sama dengan, ye dak?

Final sem. Teruja gila sem ni sebab semesta terakhir en! So jumpalah dua orang sahabat yang terpisah selama enam bulan ni. Ewahhh terpisah sangat. Hahhaha! Memang dah plan nak duduk serumah, sebab sama macam sem1, senang buat kerja kumpulan. Hhehehe. Kiteorang satu rumah dengan budak pelancongan. Kira duduk dengan junior lah masa tu. Terasa senior sangat masa tu. Hahhaa!

Rumah kiteorang dapat kali ni sangat best lah berbanding rumah sebelum ni. Bukan tak bersyukur, syukur sangat sebab besar gilaaa tapi rumah sewa untuk semesta akhir ni siap dengan perabut. Ada katil, meja makan, cermin kegilaan nora bersepah dekat rumah tu! Hahhaa. Oh paling tak best bila tuan rumah beria cakap nak betulkan peti ais tapi sampai kiteorang balik pun, peti ais tu masih tak boleh guna. Hmm sedihkan? Tak dapatlah nak makan sedap-sedap hasil tangan sendiri. Hahha puihhlah padahal malas gila nak masak. Okay memang takda masa nak masak aku cakap korang. Kelas je dah sampai 6.30 petang, pastu kadang-kadang ada extra kelas sampai malam. Pastu mana nak siap assignments semua? Jadi moh lerr kita ke kedai makan kat lorong belakang.

Masa sem satu/dua , kiteorang memang favourite makan kat kedai mek kelantan kat lorong belakang. Sedaplah jugak makanan dia kalau ikut tekak aku. Hahahha. Aku kan jenis tibai je semua makanan, so bagi aku sedap. Bila masuk sem4, makanan kat kedai mek tu rasa ala-ala je. Tak sesedap yang dulu. Memandangkan Nora bawak moto untuk final sem ni, haruslah kita kerap ke pasar malam/ramadhan dan segala kedai makan kat BB tu. Hahhaa! Kadang-kadang kalau kelas sampai tengahari, memang tapau nasi kat kedai depan kolej je. Kalau tak baru merempit ke BB. Kalau tak, makan siap-siap kat cafe kolej.

Masa sem4 ni, kedai makan favourite kiteorang adalah kedai nasi lemak Sg Raba. Sumpah sedap nasi lemak situ. Kalau bungkus, nasi dia macam banyak sikit. Hehehe kalau makan situ, nasi macam ala-ala kedekut je. Hhahhaa! Nasib tokey tu tak tau aku ada blog. So memang menu makan malam kiteorang ialah nasi lemak lah untuk hari-hari terakhir kat Banting tu. Sampai satu tahap aku balik kelas terus tidur sebab dari semalam tak tidur buat kerja, aku tidur lena gila tapi aku tersedar sebab rasa macam ada orang tenung aku dan aku rasa ada orang keluar masuk bilik aku dan ada orang macam tengah mengadu nasib. Hahaha! Orang tu Nora lah :p Hhaahaha serious kelakar.

Dia kejut aku sayup-sayup je sebab aku pernah cakap kalau aku tengah tidur, jangan kejut sabab nanti nak tidur balik susah. Itu yang dia kejut sayup je bunyi. Hahaha ikutkan hati, aku malas nak bangun sebab yelah tidur lagi best kot. Tapi kesian kat anak Puan Laily tu, so bangunlah, siap-siap pergi tapau nasi lemak. Kali ni memasing macam lapar gilaa, terus order nasi lemak tambah! Ye TAMBAH ye. Ahhahaa gila nafsu macam buaya -.-' Habis okay!

Hmm last aku dengn Nora jumpa masa hari konvo. Lepas tu, takda jumpa-jumpa dah sampai sekarang. Adalah jugak call/whatsapp semua. Rindu kot, yelah 2 tahun dengan Nora. Hmm tak tau bila jumpa lagi.


Fe sayang Nora tau :')


Kbai.

Wednesday, September 4, 2013

Baru belajar

Haa, baru je tengok tutorial dekat blog kak Ceera. So sekarang nak tengok, sama ada boleh post ke tak? Kalau boleh post, memang lepas ni sepanjang masa lah aku update belog. Hahahhaha

Nasib lerr.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Safiah Abu Kassim

Assalamualaikum.

Minggu ni sibuk sikit dengan artworks yang kian melambak atas meja je. Hhehe tipu sangat. Padahal ada dua tiga je. Minggu ni dan minggu depan ialah minggu untuk re-edit artworks semua ni. So akan jarang update lerr. Kalau dah bosan menggila, barulah up satu entri. Itupun kalau rajin. Hehhe.

Harini update pun sebab nak war-war kan kepada semua orang tentang birthday kawan masa praktikal sesama haritu. Dah lama, dan masih berkawan. Alhamdulillah. Walaupun susah benar nak jumpa dia aku, hehehe tapi masih berhubung melalui medium-medium seperti wechat/skype/fb ye :) 

Anw kalau bab merepek memang bagi kat aku. Aku hebat benda-benda macam ni. Eh terRIAK sekejap. Hehhe.

4hb September, yakni harini, adalah birthday kawan tepuk dahi aku yang sangat happening dan gilaa macam aku jugak. Hahahha. Sumpah minah ni senget tahap tak dapat dibendung. Hahah mati aku kalau dia baca.

Happy Birthday to you ..
Happy Birthday to you ..
Happy Birthday to Fyahhhh ...
Happy Birthday to youuu

Special friends are a rare find, but am I glad that you are one of mine! I have three wishes for you on your birthday. 

First, I wish that this Birthday teaches you something new and beautiful. Second, I wish that you have a day that you'll remember forever with a smile. And third, I wish that such days keep coming in every single day. Happy Birthday to a friend I'll never forget!

Selamat Ulangtahun yang ke22 cik Safiah Abu Kassim

Monday, September 2, 2013

Pengantin Merdeka

Assalamualaikum.

31 Ogos 2013, bespreng kawin! Weee memang dah plan sebulan awal nak pergi ni. Dah mintak izin dekat parents sehari sebelum raya. Alhamdulillah dapat izin, terus bbm Teyka, whatsapp Pina semua.

Hari dinanti telah tiba. Sehari sebelumnya tu yakni hari Jumaat memang ada dapat mesej dari Zera kata tak pergi. Masa tu dah feeling sentap lah sampai hari kenduri. Taknak cite sini, sebab masih sentap! Hahhaha.

So hari Sabtu, macam biasa, setelkan pape yang patut. Tunggu je memasing mesej. Dah jam 9, baru Teyka bbm kata baru bangun. Good! Pastu Pina menyusul. Terus suruh Teyka dengan Pina siap walaupun Teyka amik aku dulu. 

Tunggu punya tunggu, kul 11 lebih baru Teyka sampai. Weh! Aku tetap lama tunggu kau!! Bertikam lidah sebab penat tunggu. Nasib lerr. Terus pecut pergi rumah Pina, then terus pecut ke Kapar. Jalan masa pergi memang tak jem lah. 

Sampai Kapar, dah blur jalan mana nak lalu. Hhahaa! Kiteorang jalan ikut hala ke Kuala Selangor, perghh tak jauh pulak en. Tapi jangan risau, akhirnya sampai juga dengan laungan MERDEKA 3x oleh PinaMusa! Serious ni. Hhahahaa!

 


Selamat Pengantin Baru Hafiz dan Wanie. Semoga kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah. Cepat-cepat dapat baby, sebab Teyka nak pergi Kapar lagi -.-' Hahaha
 


Tunggu Hafiz dengan Wanie untuk bergambar sebelum balik. Oh makanan sedap terutama lauk daging tu. Lembut sangat! Teyka bajet diet makan kuih je -.-' Mengada sangat. Padahal komplen lapar.


Sebelum makan, marilah kita gebang dulu. Teyka memang tau suka tangkap gambar candid merapu macam ni. Ishh
 
 

 

 
 

Masa on the way balik, hujan lebat gila! Tak silap ada dua excident lepas Setia City Mall. Myvi dengan kereta apa ntah, bonet Myvi sampai terbukak lah. Sebabkan ada abang ni nak amik gambar, sampai jem jalan tu. Haishh prihatin sangat rakyat Malaysia ni -.-

Dalam kereta, biasalah kan. Perangai memasing. Amik gambar, guna semua apps yang ada untuk bergambar. Hahhaa! 

Anw thanks ladies for the day. Having fun! Dan selamat pengantin baru korang!

bye.